Quantcast
Channel: Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821) - A-d\'s blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 313

Kejayaan Membawa kepada Kekayaan

$
0
0
Tarikh nikah yang perlu melalui 10 tahun halangan memberikan cabaran kepada pasangan ini berbanding pasangan lain yang belum/ tiada melalui tempoh halangan atau tekanan.

Beginilah cara kami mengkaji fenomena kehidupan dan daripada kajian itu dijadikan panduan. Kerana kajian sedemikian, kami memilih tarikh2 tertentu bagi tarikh nikah. Sebenarnya boleh saja nikah bila2 tetapi setiap satu tarikh ada perjalanan tersendiri ada yang lancar ada yang banyak cabaran, tentunya kita cuba memilih tarikh yang punyai perjalanan yang baik sepanjang perjalanan.

Mengenali potensi diri dan pasangan juga adalah satu keperluan.. apakah diri kita ini berpotensi untuk dimadukan, berpoligami, menjadi ibu tunggal dan sebagainya? Bukanlah ini bermaksud jika ada pola poligami maka pasti berpoligami tetapi memahami komponen dalam potensi diri bagi menguruskan diri dengan sebaiknya. Kita ini masih diberi peluang olehNya untuk memperbaiki potensi kita itupun dengan izinNya jua tetapi sekurangnya kita diberikan ruang olehNya untuk kita perolehi kebaikan.

Perkahwinan mengundang risiko2 dan persoalannya bagaimana memahami dan berikthiar menguruskan risiko2 tersebut.



Ghostly particles... mampu menembusi orang, planet dan galaksi... eh eh, boleh pulak ada ghost (hantu) dalam fizik ya.. kalau kita cakap ada hantu kat kebun/ ada energi alam seumpamanya dilabel kita mengarut, khurafat, tak ikut Al-Quran... kalau saintis fizik boleh pulak ya... kita hadamkan saja apa orang kata sebab mereka tak tau pasal fizik; saintis fizik pun ada hantu ni.

Seperti yang Dato Eddy beritahu 2017 lalu bahawa tahun 2018 adalah "tahun wanita"... kejayaan sebuah parti politik yang diterajui wanita di PRU 14 lalu dan kini muncul pula billionair wanita mengatasi seorang lelaki billionair yang lama bertakhta... Dilahirkan dengan pola 769 dan berada di dalam tempoh usia yang baik untuk membina rangkaian pelanggan.

Bagaimana dengan para wanita Malaysia setakat ini 2018 sudah makin menghampiri penghujungnya... namun di dapati wanita Malaysia kurang berminat untuk mengambil kesempatan dalam tahun wanita ini untuk membina kejayaan.... mungkin sudah selesa dengan tiada GST atau tak perlukan kejayaan besar sebegitu cukup makan memadai... tapi jika masih berminat untuk membina kejayaan dan kekayaan, inilah tahun yang perlu anda ambil peluang.. tahun depan 2019 Malaysia berada dalam Vacuum Star dah, jadinya sukarlah nak bantu anda jadi kaya berjaya di tahun depan maka ambil peluang tahun ini lah... kami ada sediakan perkhidmatan strategi dan ikhtiar energi untuk membantu anda jadi berjaya kaya.

Seperti yang diberitahu pada tahun 2017 lalu bahawa tahun 2018 adalah "tahun air".. berlaku beberapa insiden musibah berkaitan air yang tidak disangka berlaku.. kepada kita di Malaysia ini ambil pengajaran dan buat persediaan awal terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan mudah banjir.. tahun 2014 dan tahun 2007 lalu pernah berlaku banjir besar dan kedua2 tahun tersebut ada potensi "tahun air".

Graf Hayat untuk sepasang suami isteri yang telah berkahwin 3 tahun namun belum dikurniakan zuriat. Walaupun daripada analisis tarikh nikah mendapati tarikh adalah baik namun secara individunya masing-masing ada perihal Blocking (Halangan) untuk perihal Children (anak). Ini menjelaskan mengapa belum ada/ sukar ada zuriat.

Sejak 13 tahun lalu, Dato Eddy sering menerima kes zuriat lewat. Kalau dari segi logiknya, nak buat anak mudah saja kan kasi cucuk dan pancut dah le jadi lah kan. Tetapi mengapa sukar pula menjadi? Ada roadblock ke kat dalam tu? Cara tak betul kot, tak baca doa agaknya atau tak makan buah zuriat kot? Maka dicari ikhtiar seperti ubah lokasi katil ikut arah tarikh lahir, guna ikhtiar energi pilih tarikh tertentu, menggunakan ikhtiar buah delima yang dienergikan... itu antara beberapa ikthiar yang pernah dibuat di sini ada di antara peserta yang berjaya mendapat zuriat setelah ikhtiar2 tersebut.,, itu izinNya jua. Apapun, itu lebih baik daripada komen sindiran kepada mereka yang belum dapat zuriat.

Oleh yang demikian, eloklah sebelum anda melangsungkan perkahwinan, kaji potensi diri anda dan pasangan. Jika didapati salah seorang atau anda kedua2nya ada masalah zuriat lewat, maka dibina strategi dan ikthiar seperti dapatkan perubatan sains ataupun ikhtiar tarikh nikah yang baik dsbnya, atau redha sajalah teruskan perkahiwnan tanpa potensi ada anak ataupun ambil anak angkat... apapun, periksa dahulu potensi alam perkahwinan anda. Alang nak beli kereta baru pun test drive dulu, inikan pula nak ambil orang jadi teman hidup memerlukan analisis bagi memahami perjalanan perkahwinan.

Perkhidmatan Dato Eddy (017 769 7946):
- Sesi Konsultansi Peribadi - Perkahwinan
- Kursus Pola 27 Potensi Jodoh, Nikah dan Cerai.
​- Ikhtiar Energi Dikasih Sayang.

Baru2 ini seorang individu menyatakan beliau telah diberikan amanah untuk menyimpan barangan raja dari satu kerajaan silam Siam. Antara satu barangan tersebut adalah satu topi tembaga dan apabila dibandingkan dengan kepunyaan Dato Eddy ada beberapa persamaan motif. Mungkin dahulunya ini trend zaman tersebut.

    Suami saya

Seperti yang Dato Eddy bentangkan di sini dalam 2-3 tahun lalu perihal suami orang "dirampas" wanita lain, ianya berkaitan dengan isu seseorang itu ditetapkan/ ditakdirkan/ tarikan untuk berpoligami, terutama jika ibu bapa atuk nenek pernah poligami atau kahwin-cerai, biasanya berpotensi lagi tinggi.

Dulu2 tahun 2004-2010, pola curang dan poligami sering dikaitkan dengan  lelaki yang ada pola (potensi) poigami maka yang menjadi mangsa tuduhan selalunya lelaki miang cari wanita lain, namun selepas itu 2011, Dato Eddy mendapati ada wanita sendiri yang punyai pola poligami padahal suami tiada pola poligami menyebabkan berlakunya curang/ poligami dalam perkahwinan. Dan penemuan terbaru 2015, Dato Eddy mendapati bahawa SETIAP LELAKI YANG BERKAHWIN, SAMA ADA POLA POLIGAMI ATAU TIDAK, BERPOTENSI POLIGAMI/CURANG KERANA TERDAPATNYA WANITA2 YANG TARIKAN KEPADA SUAMI ORANG. 

Penemuan ini melegakan kami kaum lelaki kerana bukan semua lelaki mencari isteri lain tetapi pada masa yang sama penyataan ini mengerunkan kami lelaki kerana sering "diperhatikan" dan "dicari" oleh wanita2 yang punyai pola bersuami orang/ mahu poligami... wanita2 ini sukar menjalinkan hubungan dengan lelaki teruna bujang sebaliknya lebih selesa dengan lelaki berstatus suami orang. Secara psikologinya, lelaki berstatus suami ada pengalaman yang menjadi tarikan kepada wanita.

Dato Eddy tiada pola poligami dan yang tak berapa kacak ini pun pernah "dilamar" wanita2, jadi penyataan Che Ta mengenai suami orang dirampas itu ada kebenaran secara realiti dan ada  penjelasan secara metafizik. Oleh yang demikian, bukan sahaja kami kaum lelaki kena jaga iman sendiri setiap masa malah isteri kami juga mohon jagakan kami.

Apakah mereka2 ini ada pola poligami? Mereka sepatutnya berkahwin dengan suami orang supaya lebih berpanjangan jodoh mereka? Lihatlah dari perspektif yang berbeza pula kali ini.

Tips: maksud "suami orang" itu boleh jadi bekas suami sendiri sebab lelaki yang berpisah dengan anda  itu adalah status "suami orang" juga. Jadi, kepada wanita yang bercerai, cuba cari "suami orang" iaitu suami anda sendiri... dan kali ini bina pernikahan pada tarikh yang sesuai, lokasi yang sesuai dsbnya. Kadang kala gabungan dah baik tetapi beberapa faktor seperti tarikh nikah yang stress dan sebagainya menjejaskan perasaan kasih sayang anda berdua.



Bagi Memang benar ilmu metafizik pernomboran tiada dalam Al-Quran dan As Sunnah.. namun, ilmu fizik di sekolah juga ada yang tiada dalam Al-Quran dan As Sunnah (konsep Multiverse iaitu kita manusia wujud dalam beberapa alam pada sesuatu masa serta konsep Merentas Balik Masa - Time Travelling).

Kami dalam kaedah metafizik juga menafikan beberapa kaedah metafizik lain yang merosakkan akidah, oleh itu, usah label kesemua metafizik itu khurafat dan syirik. Memang benar ada beberapa aliran metafizik yang khurafat dan syirik tetapi bukan bermakna semuanya sama. Bagi kami sedaya upaya mengikut landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Mazhab Syafie. Namun, landasan sebegini pun ada perbezaan antara negara2 lain, jadi kami buat yang sebaiknya.

Ramai orang menggunakan dalil dari satu hadis nabi saw yang melarang amalan "tenung nasib" tetapi tahukah mereka kepada siapa hadis itu diberikan dan mengapa diberikan dan sejarah disebalik hadis tersebut? Dengan mengambil sepotong ayat dari hadis yang panjang sudah menjatuhkan hukum untuk semua perkara. 

Selama 13 tahun Dato Eddy memperjuangkan kaedah metafizik pernomboran dan energi sebagai satu ikhtiar mencari penyelesaian masalah hidup, setakat ini BELUM PERNAH ada seorang pun yang tampil bantu bagi satu ubat mujarab untuk selesaikan semua masalah jodoh, masalah rezeki, masalah kerjaya dsnya... ada ribuan masalah orang yang ada ni.. marilah sini bantu selesaikan...bagilah solusi selain daripada komen2 sebegitu.

Selama 13 tahun juga Dato Eddy mencari ubat mujarab untuk selesaikan masalah jodoh, masalah rezeki, masalah bisnes dengan berjumpa ustaz, ustazah, guru2 ilmu ekonomi, ilmu kebatinan, naik gunung, merentas pulau, pergi Makkah dsbnya namun sehingga kini belum ditemui satu pil ubat mujarabat.. apa yang ada setakat ini adalah kaedah pernomboran yang memberi panduan dan ikhtiar bagi meneruskan kehidupan dengan lebih tabah bersistematik... maka itulah intipati kehidupan realiti iaitu perjuangan meneruskan kehidupan dengan ikhtiar, doa, usaha dan ilmu serta bertawakkal.

Perubahan dalam masa 3 bulan... alhamdulillah jodoh datang, bisnes juga baik.. itulah ikthiar yang dilakukan menggunakan kaedah pernomboran dan energi... memang kita dah berusaha namun apa yang menyebabkan masih tersangkut? Kaji perihal potensi arah, jenis pasaran, keserasian jenama dsbnya.

Perkhidmatan Dato Eddy (017 769 7946):
- Konsultansi Peribadi/ Perniagaan
- Ikhtiar Energi Rezeki / Energi Dikasih Sayang.
- Kursus (Secara Berkumpulan/ Peribadi) Pola 96 Potensi Perniagaan Berkesan Tahap 1, 2, 3, Intensif.




Melalui tempoh masa kehidupan yang sukar memberikan kita cabaran untuk memaksa atau mengajar kita erti ketabahan. Ketabahan yang baik seeloknya ada strategi untuk melalui dengan lebih berkesan. Menggunakan kaedah pernomboran tarikh lahir sebagai satu panduan dan sebagai strategi untuk kehidupan dan perniagaan.

Perkhidmatan disediakan (017 769 7946):
- Konsultansi Peribadi/ Perniagaan
- Kursus Pola 96 Potensi Bisnes Tahap 1, 2, 3.
- Seminar Bisnes Berjaya Kaya.



Baru2 ni Dato Eddy dipanggil untuk ang ke sebuah restoran di Kuantan, Pahang untuk berjumpa owner restoran itu. Permulaan perbincangan, owner bercerita tentang misteri perjalanan dan suasana restoran tersebut malah perjalanan kehidupan beliau sendiri juga disaluti misteri.  Tetiba Dato Eddy timbul perasaan tentang batu delima lalu ditanya owner. Rupanya ada kisah tentang batu delima yang beliau dapat secara misteri dan disembunyikan kerana hati keberatan, walaupun  pada asalnya telah "dipesan" untuk diletakkan dalam restoran sebagai hiasan. Lalu Dato Eddy mintak beliau letakkan juga di dalam restoran tersebut. 

Pengajaran daripada kes ini: bisnes sememangnya wujud secara fizikal namun ada kes tertentu yang berkait dengan luar fizikal/ mistikal (metafizik).


Kita semua bersetuju bahawa kehidupan kita telah ditetapkan olehNya (takdir), namun apa yang ditakdirkan itu?..biasanya kita kata ikut jerlah apa yang ditakdirkan.. ye lah apa yang ditakdirkan tu? itulah yang kita nak fahami.. salah satu cara adalah menggunakan kaedah tarikh lahir yang membuat kajian tentang perjalanan hidup dan potensi diri. Kaedah Tarikh  Lahir  telah wujud ratusan tahun dan wujud dalam pelbagai bentuk, namun majoriti kitab lama tentang kaedah tariah lahir tidak memaparkan bukti kajian.. jadi,  menggunakan teknologi internet inilah inisiatif Dato Eddy membuat paparan kajian2 di sini iaitu daripada fenomena kehidupan orang sebenar.. ianya dijadikan panduan untuk kita bina strategi kehidupan, kerjaya atau perniagaan... walaupun Dato Eddy  terjejas pendapatan kerana memaparkan bahan kajian secara percuma di sini dan ada yang copy paste untuk melariskan bisnes mereka pula. Apapun, paparan2 di sini yang sudah lebih 10 tahun  lebih dapat mengumpulkan bahan2 kajian secara objekti bagi membuktikan kaedah pernomboran adalah sebentuk kajian.

Jika anda peserta kursus asas pernomboran atau ada memiliki buku Kenali Potensi Diri (biru), isikanlah jawapan kepada pola potensi yang dinyatakan di situ. Jika anda belum ketahui potensi perjalanan hidup anda, dapatkan salah satu, dua atau kesemua bahan berikut (Whatsapp 017 769 7946):
1. Laporan Potensi Diri dan Perniagaan (10 halaman)
2. Sesi Konsultansi Peribadi (2 jam)
3. Kursus Asas Pernomboran - tahap 1, 2, 3, Intensif
4. Kelas Dalam Telegram: Who Am I.
5. Buku Kenali Potensi Diri (biru dan hijau)
6. Kelas Kenali Potensi Kerjaya & Perniagaan.



Kadang kala kita pelik bagaimana satu produk yang biasa menjadi luarbiasa pula... ada yang kata itu dah nasib baik, ada yang kata design tu lawa, ada yang kata tu marketing power dsbnya... tapi produk kita pun lawa jugak, marketing kita power jugak tapi mengapa tak mencapai jualan sebegini?  Daripada penjelasan kaedah metafizik pernomboran adalah kiraan jenama yang baik dalam aspek parameter (6) dan aspek tafsiran (loving). Kombinasi dua perihal ini dan tentunya dengan perihal marketing dan design seumpamanya merupakan satu kaedah unik dalam perihal laris sesuatu produk.

Perkhidmatan Dato Eddy - 017 769 7946:
- Konsultansi Perniagaan
- Kursus Pola 96 Potensi Perniagaan Berkesan - Tahap 1, 2, 3, Intensif



Antara barangan yang banyak sana sini dalam rumah Dato Eddy adalah buku-buku. Ini buku2 milik anak sulung yang terlibat dalam bidang terjemahan bahasa Arab, terpaksa diletakkan di tepi tangga.. sudah 3 minggu di situ. Mana2 meja dan ruang dalam ruang ada saja buku-buku anak-anak.. rumah dah jadi perpustakaan. 

Ilmu dan buku tentunya seiringan.. walaupun kini sudah ada buku berbentuk digital tanpa perlu ada bentuk fizikal, sekurangnya ianya juga adalah buku iaitu tempat rujukan ilmu.


Biasanya cemerlang akademik dikaitkan dengan buku-buku tetapi bukan semata-mata kehadiran buku sebaliknya penggunaan dan pengisian... energi ilmu perlu sentiasa ada di dalam rumah supaya diri kita dan anak-anak berterusan mencari ilmu untuk kecemerlangan diri dan untuk panduan kehidupan.

Tentu ada di antara ibu bapa di sini yang menginginkan anak2 mereka suka belajar, suka membaca seumpamanya... bagi kecemerlangan mereka.


Ada sebab mengapa Dato Eddy memilih fenomena tertentu bagi energi rezeki, berdasarkan kepada kajian.. satu contoh di sini daripada fenomena sebenar berlaku... jadi kita ikhtiarkan untuk tarikh yang punyai fenomena sama... apa yang kita ikhtiarkan itu mungkin tak mencapai puluhan juta ringgit pada kadar segera, yang penting, kita sudah berikthiar dengan fenomena ciptaanNya jua atas dasar yang sama mengharapkan izinNya supaya fenomena yang sama itu memberi kebaikan kepada kita dalam perihal rezeki kekayaan, rezeki kesihatan, rezeki kasih sayang dsbnya... formula "rezeki masuk-duit terkumpul"; satu kajian Dato Eddy sendiri.


Teknologi sains kesihatan ada kalanya tidak dapat memberi penyembuhan atau penjelasan fizikal tentang sesuatu fenomena yang pelik. Maka, ada kalanya sesuatu fenomena itu ada kena mengena dengan perkara yang mistikal. Berada pula dalam tahun yang begitu mencabar adalah amat sukar bagi teknologi sains perubatan membuat pembetulan kepada pesakit ini. Dirinya sendiri itu dilahirkan punyai potensi berkaitan mistikal jadi mudah terdedah kepada unsur mistikal. Ada individu yang kebal daripada sakit misteri, biasanya tiada pola potensi mistikal dalam petak tarikh lahirnya tentu mendapati perkara sebegini mengarut tetapi kes ini adalah realiti kehidupan yang tidak boleh disangkal. Bagi individu yang dilahirkan dengan potensi berkaitan mistikal elok ada amalan perlindungan diri yang sesuai iaitu energi diri yang tinggi daripada amalan pemakanan yang sihat dsbnya.

​Misi mencari susur galur keturunan

Ketika hari raya menziarahi rumah seorang saudara jauh di Klang sekitar awal tahun 2000-an lalu di situ bertemu dengan seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Haji Kamsah iaitu bapa kepada Dato Dr Hj Fadzilah. Setelah saudara itu memberitahu Haji Kamsah tentang datuk sebelah ibu kepada Dato Eddy, lalu Haji Kamsah membuka cerita yang beliau dulu semasa kecil bermain pondok2 dengan moyang Dato Eddy dan memberitahu nama moyang adalah Raden Suratmi. Malangnya, tak sempat nak mengorek kisah lebih mendalam dengan datuk kerana beliau meninggal dunia cuma diberitahu oleh ibu tentang cerita keturunan kami dari Jawa Tengah.

Setelah bertahun mencari dalam Google, baru-baru ini terserempak dengan nama Raden Suratmi ini. Walaupun tak dapat disahihkan apakah beliau ini Raden Suratmi yang dimaksudkan tetapi sekurangnya wujud nama sedemikian. Dari garis masa kehidupan, lebih kurang kena dengan kisah ini. Rupanya suami Raden Suratmi ini pengasas Bank Negara Indonesia... kalau betul yang ini, kayalah Dato Eddy ada aura bank negara :)



Ibu pernah bercerita yang moyang dahulu seorang yang kaya ada kereta dan pemandu sendiri dikala tahun 1950-60an. Namun, ada sedikit percanggahan kerana ibu menyatakan moyang berkahwin dengan seorang doktor dari Perak atau Kedah... manakala Raden yang ini berkahwin dengan pegawai bank. Yang pelik, di dalam Wikipedia, foto suami Raden Suratmi (Margono) bersama cucu2nya yang diambil di Kuala Lumpur pada tahun 1963.

Apapun perbezaan, yang pasti ada persamaan, sama ada Raden yang ini atau lain yang lain, kisah dari Jawa Tengah ada kena mengena dengan kisah Raden yang ini daripada kerajaan silam Mataram di Jawa Tengah.

Pencarian di Google juga mendapati satu keturunan Raden di Bagan Dato, Perak yang berasal dari satu kampung di Jawa Tengah.  Didapati DS Zahid Hamidi adalah keturunan tersebut. Mungkinkah Dato Eddy ada pertalian dengan Bagan Dato'... kebetulan setahun dua ini kerap ke Bagan Dato' bagi mempelajari ilmu dari seorang guru di sana. Baru2 ini, seorang saudara jauh bakal melangsungkan perkahwinan dengan keluarga yang berasal dari Bagan Dato... yang jauh dirapatkan :)


Picture
.

Ilustrasi seorang pemimpin kerajaan silam Mataram di Jawa Tengah yang memakai sejenis mahkota. Bila dikaji bentuk mahkota kerajaan2 lain adalah berbeza antara satu sama lain masing2 ada bentuk tersendiri. Yang bentuk ini lebih kurang sama dengan satu topi tembaga/ mahkota milik Dato Eddy yang dihadiahkan oleh seorang guru sekembali dari munajat di Pulau Besar, Melaka.

Berbalik kepada latarbelakang Margono (suami Raden Suratmi) ada kaitan dengan Pengeran Diponegoro (1800an), seorang tokoh terkenal Perang Diponegoro dan pahlawan Nasional Indonesia.





Daripada kajian2 di atas, banyak petunjuk yang membuka kisah diri Dato Eddy... sejak kecil meminati kisah kesultanan, kesenian, kisah perang/ pahlawan, meminati barangan2 istana seumpamanya dan daripada Graf Hayat adalah Main Structure SUN iaitu perihal kesultanan dan Great Financier iaitu berkaitan dengan kewangan/ perbankan.

Pencarian masih diteruskan menjejak keturunan... untuk mengenali diri ini daripada  "diri2" yang sebelumnya.. mencari potensi diri yang lebih mendalam untuk dimaksimakan... mempelajari pengalaman "diri2" yang lalu supaya perjalanan kehidupan lebih berhati2 dan lebih bermakna.
Sedar tidak sedar, dah miliki muzium mini, koleksi peribadi barang2an kesenian dan mistikal... letaknya betul2 di sebelah katil tempat tidur.. jadinya tidur dengan barangan mistikal... di kala ramai orang mempunyai rasa takut dengan barang2an seni lama/ mistikal tetapi bagi Dato Eddy yang tidur bersebelahan barang2an ini tiada apa2 yang terjadi... ada beberapa barangan di situ yang punyai sejarah dan kisah mistikal tetapi ianya adalah hiasan di sini... nasib baik sang isteri memahami :) walaupun beliau tidak berminat dengan perihal sedemikian. Barang2an tersebut ada yang diberikan oleh guru2, ada yang diberikan oleh client2 yang tidak lagi mahu menyimpan/ menjaga barangan lama, ada yang dibeli dari Makkah/ Madinah, ada yang diambil dari tempat tertentu dsbnya... ada rezeki nanti bolehlah buat pameran mini :)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 313