Tarikh 6 Julai 2018 Jumaat adalah antara tarikh yang dipilih untuk ikhtiar energi rezeki. Kebetulan pada malam Jumaat itu ada 2 perjumpaan perihal projek. Antara perkhidmatan yang disediakan kepada peserta grup Ikhtiar Energi Pakej Bulanan adalah kaedah "masuk aura" atau "tumpang aura". Perkhidmatan ini disediakan bagi peserta grup Energi sahaja memandangkan perlu disediakan asas energi yang sesuai bagi tujuan "tumpang aura". Ianya tidak dibuka kepada orang awam melainkan kes tertentu sahaja. Kaedah ini seumpama menumpang aura/ energi Dato Eddy bagi tujuan ketenangan, tambah energi/ aura rezeki seumpamanya. Perkhidmatan Dato Eddy - 017 769 7946: - Ikhtiar Energi Rezeki Diri. - Ikhtiar Energi Rezeki Premis. |
Ada individu yang dilahirkan dengan Status Kewangan Tahap 1 (untuk negara Malaysia 31.8.1957 adalah status kewangan Tahap 12 iaitu sering dikaitkan dengan hutang dan bankrap). Contohnya selebriti Mariah Carey dilahirkan dengan Status Kewangan Tahap 1 dan terbukti potensi kekayaan beliau. Untuk dilahirkan semula pada petak tarikh lahir dengan Status Kewangan Tahap 1 adalah mustahil, jadi kita ikhtiar untuk "lahir semula" pada 18 Julai 2017 dengan membuat aktiviti rezeki dan ditambah ikhtiar dengan energi.. mudah2an ikhtiar sebegini mendapat kebaikan dariNya... Kita sememangnya sentiasa buat aktiviti rezeki contohnya pergi kerja setiap hari tetapi energi rezeki lemah iaitu dapat baru gaji masuk pagi petang dah nak habis ditolak itu ini... jadi, elok digabungkan usaha dan energi, seeloknya pada hari dan waktu yang punyai energi rezeki yang baik digandakan usaha.
Seorang client di KL mendapatkan khidmat kiraan tarikh nikah. Client ini anak sulung jadi ianya pengalaman pertama dalam keluarga tentang perihal perkahwinan. Usia dah hampir cecah 30an masih belum berkahwin begitu juga adik2 beliau masih bujang... client ini takut2 untuk berkahwin memandangkan ibu bapa beliau punyai masalah perkahwinan dan bercerai... perihal kehidupan beliau yang kurang baik dalam soal jodoh dan kehidupan keluarga susah ditinggalkan bapa. Apabila diperiksa rupanya ada masalah yang perlu dibetulkan antaranya perihal nombor rumah sewa yang bermasalah. Tidak lama kemudian, beliau dapat membeli rumah sendiri dan urusan perkahwinan yang mudah "last-minute" malah adik perempuan beliau dilamar oleh rakannya yang sudah 4 tahun berhubung... makin bertimpa kegembiraan dalam kehidupan. Menariknya, apabila dikaji perihal perceraian ibu bapa beliau didapati ada pattern tertentu yang sering ditemui dalam perihal perceraian, jadi pemilihan tarikh nikah beliau ini mengambil kira pattern2 tertentu itu... mudah2an beliau ini tidak berulang kes sebegitu... dengan izinNya. Begitulah ikhtiar dan strategi kaedah pernomboran... memberi keyakinan kepada client ini untuk teruskan berkahwin walaupun ada pengalaman melihat perceraian... menggunakan kaedah yang objektif dan visual bagi memberikan panduan dan motivasi kepada beliau untuk berani buat perubahan diri dan keluarga. |
PERHATIAN: DILARANG AMBIL (COPY PASTE) BAHAN2 DARI BLOG INI DAN MEM'VIRAL"KAN (SENSASIKAN) BAHAN2 YANG ADA DALAM BLOG INI. Ada individu yang teruja teringin jadi wartawan tak bertauliah yang mengambil bahan2 yang dibentangkan oleh Dato Eddy di laman ini untuk disensasikan atau diviralkan kepada masyarakat. Dahlah tu tajuk dan isi cerita ditambah kari dan gula makin sedap pula ceritanya :)... ini menimbulkan keraguan dari masyarakat yang kebanyakkannya tidak bersedia untuk menerima bahan2 sebegini. Tujuan Dato Eddy memaparkan bahan2 seperti slide dan foto di sini adalah sebagai menunjukkan bukti bahawa kaedah metafizik itu wujud dan ianya gabungan kajian+sains+agama. Kalau Dato Eddy nak glamer, baik paparkan dalam TV3 atau majalah2 mistik. Jadi, bacalah apa yang dipaparkan di sini sebagai pembelajaran hidup dan tak perlu disensasikan viral kepada awam. Jika teruja nak sharing kepada ahli keluarga atau rakan2, bagi paparan laman ini atau bagi juga alamat laman ini supaya orang ramai tahu dari mana sumber bahan itu diambil. | Cincin pemberian dari alam "sebelah" Pada 8 Jun 2018 lalu, Dato Eddy dipanggil oleh seorang client untuk mendapatkan khidmat energi rezeki bagi memulihkan kawasan ladang yang bermasalah. Bila ditinjau kawasan tersebut, didapati tanaman2 pengusaha2 sebelum ini semua tak menjadi.. ladang sebelah usahakan pokok2 betik mati separuh pokok untuk satu ladang, ladang sebelah pula tanaman jagung semua batang jadi hitam terbakar, ladang sebelah sana pula tanam ubi tak menjadi malah pengusahanya sakit misteri pula... jadi beliau diamanahkan untuk mengusahakan ladang sebagai pengusaha baru... itupun tanah ladang beliau kering sebab dah lama tak hujan, kata beliau kalau hujan pun di kampung itu, tanah beliau seperti tidak dibasahi air hujan. Sebelum program energi di ladang tersebut, sempat "berkomunikasi" dengan alam dan dapati rupanya ada syarat2 yang diperlukan. Tak susah mana pun syarat yang diberikannya.. antaranya sebahagian hasil disedekahkan kepada orang kampung di situ. Semasa program energi, suasana panas terik menjadi mendung tapi tak hujan. Baru2 ini, client memberitahu hujan mula turun dan membasahi kawasan ladangnya dan tanaman subur menghijau... seorang pekerja ladang beliau pula dihadiahkan sebentuk cincin dari "alam sebelah" di ladang tersebut.. biar betul! Mungkin sebagai satu hadiah penghargaan. Ini antara pengalaman yang dilalui Dato Eddy dan dibentangkan di sini bagi menunjukkan bahawa ini realiti kehidupan.. ada individu yang mengalami isu mistikal/ spiritual bukan semuaynya boleh dirawat dengan sains teknologi atau motivasi semata2... sebagai seorang jurusan sains (Syracuse University, New York, USA), tentunya mengambil kira perihal sains dan teknologi dan sebagai seorang yang mengikuti landasan Ahlul Sunnah Wal Jamaah tentunya mengambil kira perihal Al Quran seumpamanya... jadi, kita melihat semua aspek dari pelbagai sudut pandangan.. apa pun semua ini milik dan izinNya juga... kita berikhtiar memohon izinNya jua. Perkhidmatan Dato Eddy: - Konsultansi Peribadi/ Perniagaan - Audit Premis Perniagaan (kedai, pejabat, kilang, ladang). - Ikhtiar Energi Rezeki: Premis kediaman/ perniagaan. |
11 Julai adalah ulangtahun kelahiran anak kedua Dato Eddy yang mendapat SPM 10A+ dan Tokoh Pelajar Sekolah, kemudiannya mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Matrikulasi Universiti Malaya. Pada bulan Febuari 2015, Dato Eddy bawa beliau mengerjakan umrah dan tentunya ambil kesempatan untuk berdoa kepadaNya di kedua2 Tanah Suci... foto di kawasan karpet hijau Raudhah dalam Masjid Nabawi.. alhamdulilah bulan Mac 2015 keluar keputusan yang cemerlang.. usaha + doa tentunya dua2 saling melengkapi.. kita ikhtiar berusaha dan kita berikhtiar berdoa... tahun ini kebetulan tarikh yang baik 11 Julai 2018 itu.
Dalam bulan Julai 2018 ini, terdapat satu tarikh yang istimewa iaitu hari Jumaat 27 Julai 2018. Daripada kiraan Graf Dekad (ciptaan Dato Eddy) mendapati untuk tempoh 20 tahun tiada langsung pola 1-8 yang sering dikaitkan dengan masalah kewangan... juga untuk 10 tahun pertama punyai pola 769.. bukan selalu ditemukan fenomena sebegini... jadi tarikh ini memberikan parameter yang sangat baik untuk energi yang baik. Eloklah "dilahirkan semula" pada tarikh ini sebagai satu ikhtiar... tak dapat masuk balik ke dalam perut ibu untuk dllahirkan semula kita kita ikhtiar buat aktiviti2 yang baik seperti promosi produk dsbnya. Ambillah cuti pada hari tersebut dan gunakan sehari itu dengan aktiviti2 yang berfaedah yang mendatangkan rezeki, kasih sayang, kejayaan seumpamanya.
Kebetulan tarikh 27 Julai 2018 itu dijangka berlaku satu fenomena istimewa... gerhana bulan yang terpanjang dalam abad ini... di dalam pengajian metafizik, fenomena gerhana bulan dikatakan sebagai masa untuk keluar dari "dunia lama"... dunia yang selama ini penuh dengan kekecewaan, kesulitan kewangan dan sebagainya maka pada gerhana bulan diikhtiarkan untuk kita keluar daripada dunia sebegitu.. dengan izinNya.. bagi umat Islam yang digalakkan untuk mengerjakan solat sunat gerhana ambil peluang juga untuk mendoakan perihal "keluar dari dunia lama". |
Dibuka pada 31 Mei 2008.. satu tarikh yang punyai parameter bermasalah kewangan.. dan lihat juga pola 18 ada pada 10 tahun pertama dan seterusnya 10 tahun juga pola 18 (Graf Dekad 10 tahun ciptaan Dato Eddy)... ini menjelaskan masalah jutaan ringgit itu secara objektif.
Serpihan kecil batuan Pyrite yang ditemui pada ketulan batu2 yang diambil dari sebuah lombong emas di satu negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.. biasanya Pyrite dikatakan ada berdekatan dengan emas... dan biasanya Pyrite keliru dengan emas sehingga digelar "Fools Gold" kerana warna seakan sama. Foto di sebelah satu contoh Pyrite yang baik yang ditemui di luar negara... manakala foto di sebelah bawah pula adalah gelang batuan Pyrite yang biasa dan yang berwarna kuning/ emas. Merujuk Wikipedia, Pyrite digunakan di dalam bateri Energizer dan sifat metafizik Pyrite dikatakan baik untuk perihal energi diri bagi kesihatan seumpamanya. Biasanya di nusantara ini Pyrite digelar batu atau besi kursani, sejenis nama yang punyai anggapan mistikal yang tinggi. (lagu Mentera Semerah Padi dendangan Dato M Nasir menyatakan perihal kursani). Salah satu bahan untuk wangian yang pihak Dato Eddy sediakan adalah Pyrite yang diletakkan dalam setiap botol. Wangian ini dicampur dengan pelbagai bahan lain seperti pati bunga2 dsbnya dan seterusnya dienergikan/ doa dinamakan Energi Putih.. sebagai satu ikhtiar energi ketenangan, kasih sayang, tarikan, aura diri, kesihatan dan sebagainya. |
Sebagai manusia kita pasti melalui tempoh yang baik dan tempoh yang sukar.. bukan semua orang memiliki kehidupan yang berterusan baik sepanjang hayat... jadi, amat penting untuk kita sentiasa bersedia sama ada untuk berjaya mahupun untuk menjadi susah... dengan mengenali perihal tempoh masa... Perincikan perihal tempoh masa dalam kehidupan kita untuk mengenalpasti tempoh masa yang baik dan tempoh masa yang kurang baik bagi membina strategi perjalanan kehidupan yang baik. Perkhidmatan Dato Eddy: - Sesi Konsultansi Peribadi/ Perniagaan - Graf Hayat - Graf Dekad 10 tahun. - Seminar Strategi Melalui Tahun 2019 |
Hidup kita manusia ini menempuhi turun naik kehidupan. Ada masanya kita merasai kegembiraan dan ada masanya pula kita merasai kepayahan... kita boleh buat kiraan menggunakan tarikh lahir untuk mengenalpasti bila masanya itu yang gembira atau yang kepayahan. Dengan memahami perihal "masa" tersebut, maka kita buat strategi yang bersesuaian... ada kalanya kita perlu redah saja dengan redha paksa-rela, ada kalanya kita gunakan strategi atau ikhtiar untuk menempuhinya... apa pun, hidup kita ini perlu ada strategi yang berterusan. |
Kaedah ikhtiar Energi Rezeki yang memilih tarikh tertentu merupakan satu ikhtiar untuk mencari dan menambah rezeki... lihat fenomena sebenar yang berlaku di sini.. jadi, apa yang Dato Eddy buat selama ini menggunakan formula 6 Rezeki Masuk atau 7 Networking merupakan satu kajian dan fenomena sebenar tabung ini menunjukkan bahawa kaedah pernomboran adalah satu kajian ... terpulanglah jika anda yang join program ikthiar energi rezeki pada tarikh yang "power" untuk membuka satu tabung sendiri :)... sebenarnya buatlah aktiviti rezeki seperti buat promosi, close sales, buka akaun bank seumpamanya... nama pun ikhtiar... dengan izin Nya jua.
Pada 25 Jun 2018 lalu, Dato Eddy dipanggil oleh seorang client untuk datang ke rumah pusaka bapa/ atuk mereka di Perak.. generasi anak mahu merobohkan rumah ini yang sudah reput dan terbiar diganti dengan rumah baru, namun mendapat beberapa "alamat" secara mimpi/ bayangan yang seolah menghalang untuk dirobohkan. Bila diperiksa beberapa sudut rumah dan kemudian duduk berbincang, terasa nak mengalir air mata rasa sedih kerana "energi sedih", lalu ditanya apa yang sebenarnya ada di sini. Lalu anak beranak buka cerita yang dahulunya ada entiti yang mahu berdamping dan tinggal dengan keluarga mereka di situ tetapi keluarga enggan menerima entiti tersebut memandangkan ia pernah menyebabkan ahli keluarga menjadi pelik - menjadi penari dan menyanyi bahasa siam. Mungkin dipulau sebegitu terbit pula rasa marah dan sedih bila rumah pula nak dirobohkan. Setelah dibincangkan strategi dan ikthiar, akhirnya persetujuan boleh untuk dirobohkan dan dibina baru dengan beberapa perkara yang perlu dibuatkan bagi tidak menggangu pihak keluarga mahupun entiti tersebut dan kawasan rumah. Juga, pihak keluarga menyerahkan sebilah tombak katanya milik atuk mereka yang berasal dari Sumatera... ada juga kisah entiti "raja" juga disitu... buat sementara ini disimpan oleh Dato Eddy. Pihak keluarga agak keberatan dengan perkara2 sebegini kerana dahulunya mengalami beberapa kes mistikal seperti tombak bergerak sendiri, riuh rendah "orang ramai" di bawah rumah jam 3 pagi dan sebagainya. Pembelajaran dari kes ini: atuk nenek kita dahulu penggemar atau pengamal ilmu kebatinan bagi tujuan tertentu seperti perubatan, pendinding dsbnya dengan barangan tertentu tetapi bila diwariskan kepada anak cucu cicit manalah mereka itu diberitahu atau memahamai perihal2 mistik/ misteri ini. Sudahnya keluarga mahupun rumah diselubungi perihal misteri. Apapun, usahlah begitu mudah membuang barangan antik mahupun entiti, dikhuatiri masih ada "ikatan" secara mistikal, jadi ikhtiarkan dikeluarkan secara baik. |
Berada di arah yang salah... dalam dekad 10 tahun yang bermasalah dan pada tahun 2018 yang tekanan.. dengan punyai banyak "elemen besi" dalam petak tarikh lahir... menarik fenomena untuk dilanggar oleh besi (kenderaan)...
kematian juga boleh dikira secara kaedah penomboran... namun, pihak kami tak fokuskan kepada mengira tarikh kematian lebih baik mengira strategi membolehkan kaya cepat supaya dapat mati dengan bebas hutang tanpa tergantung roh dan tinggalkan wakaf harta, masjid dan tahfiz yang banyak untuk pahala berterusan.
kematian juga boleh dikira secara kaedah penomboran... namun, pihak kami tak fokuskan kepada mengira tarikh kematian lebih baik mengira strategi membolehkan kaya cepat supaya dapat mati dengan bebas hutang tanpa tergantung roh dan tinggalkan wakaf harta, masjid dan tahfiz yang banyak untuk pahala berterusan.