Quantcast
Channel: Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821) - A-d\'s blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Kejayaan yang baru adalah kekayaan

$
0
0

Picture
Hampir setahun Dato Eddy bergerak bersama kumpulan PRIHAATIN dan dilantik sebagai konsultan organisasi. Baru-baru ini di dalam satu perjumpaan diberitakan organisasi bercadang untuk membuka 500 outlet! Berbanding rancangan asal tahun lalu iaitu 50 outlet. Outlet yang sedang dibangunkan di Kuala Terengganu, Sg Petani dan Seri Kembangan. Foto adalah outlet pertama yang terletak di Cyberjaya berhampiran Bank Rakyat. Pejabat HQ terletak selang 2 pintu dari situ. Perbincangan juga meliputi pelan pembangunan perniagaan bernilai jutaan ringgit.

Daripada sebuah kelab yang kecil di sebuah apartment yang crowded, apabila Dato Eddy dipanggil untuk bantu buat perubahan secara metafizik tahun 2014 lalu, kini menjadi sebuah perniagaan yang begitu besar dan berkembang baik.
Foto di atas di dinding HQ, gambar kiri sekali adalah Dato Eddy manakala yang lain adalah rakan-rakan niaga yang mana bekerjasama dengan insitusi kenamaan... yang dulu-dulu adalah biasa kini luar biasa!

Jom, hadir kursus Potensi Bisnes 966 Asas yang pertama kali dijalankan di HQ Cyberjaya, lihat sendiri dan belajar dari bahan yang wujud... bukan sekadar pelan bisnes di papan hitam cakap-cakap kosong.


Perubahan dalam perjalanan usia iaitu perbezaan potensi dalam dekad.

Assalamualaikum Dato…klu boleh kak nak selamatkan rumahtangga kak.. suami punya tarikh lahir ..... Nikah ...... kak punya tarikh lahir...... waktu lahir… inipun dah 2 minggu dia xmahu tido dgn kak.. dah dekat 10 thn kak sabar.... betul tu sblh ayah kak ramai cerai, anak2 saudara ayah pun bercerai.

(maklumat tarikh dan waktu tidak dapat didedahkan)

Daripada analisis tarikh lahir, tarikh nikah secara statik dan dinamik mendapati situasi perkahwinan dalam situasi normal/ biasa sahaja, namun apabila dilihat secara individu iaitu si isteri di dapati punyai pola-pola yang sering ditemui pada ibu tunggal dan yang sering lalui perit perkahwinan (Spouse AF). Ini bermaksud, si si isteri telah memang dilahirkan untuk bermasalah dalam perkahwinan seumur hidup, tak kisahlah kahwin dengan anak pegawai atau anak raja ke atau mana-mana lelaki pun, parameter dan energi hidup si isteri itu mengundang kepada masalah perkahwinan. Sama ada suami menjadi curang dsbnya adalah perkara yang berlarutan daripada punca parameter si isteri itu.  Dalam hal ini, si isteri yang perlu ikhtiar perubahan dan rawatan.

Memang terdapat wanita mahupun lelaki yang punyai parameter dan energi yang sebegitu - masalah perkahwinan seumur hidup.. tak dapat merasai bahagia berkahwin yang berpanjangan.. Hidup memang sudah ditakdirkan tetapi kita mahu memahami apa yang ditakdirkan itu dan berikhtiar untuk buat perubahan - ikhtiar dengan ilmu, ikhtiar dengan doa/ rawatan, ikthiar dengan pelbagai cara... kita ikhtiar namun Dia yang menentukan, tetapi sekurangnya kita ikhtiar mencari kebahagiaan takkanlah nak tunggu termenung bilalah kebahagiaan datang bergolek dengan percuma. 

Apa penyebab berlakunya sebegitu rupa? Di sebabkan keturunan. Kajian Dato Eddy mendapati tarikh lahir menceritakan perihal keturunan, betullah kata orang tentang "karma" kehidupan. Namun, ianya boleh diubah dengan ikhtiar, usahlah perihal keturunan menggangu kita dan generasi akan datang.

    kajiselidik


Fenomena "rezeki masuk 10 tahun" bakal berlaku lagi pada Jumaat, 19 Feb 2016... dahlah Jumaat hari berkat, kiraan pula memang bagus dengan pola 769 dsbnya... bertuah  lahir 19 Feb 2016 atau kalau tak pun daftar syarikat pada 19 Feb 2016. Lihat contoh kes fenomena rezeki masuk untuk Dato Alif D'Herbs dan Sani Ekspress iaitu fenomena 10 tahun rezeki berganda. Antara individu lain yang berada/ pernah berada dalam fenomena "rezeki masuk 10 tahun" adalah TS Tony Fernandez dan Syed Gadaffi (Jamu Mak Dara).

Bagi negeri Johor yang SSM tutup hari Jumaat, tak mengapa kita buat berdoa secara langsung dari Johor iaitu di Parit Raja (sebelah UTHM) tempat premis perniagaan seorang pelajar Dato Eddy iaitu sdra Noredie yang berpendapatan puluhan ribu dan sales mencecah RM1 juta.... kita berdoa dan ambil "aura" perniagaan yang berjaya dari situ.. memang hari tersebut dibuat kursus di premis berkenaan. Makluman: PERCUMA program berdoa bagi peserta yang hadir kursus Potensi 96 pada 19 Feb tersebut.

Bagi yang tak dapat hadir untuk kursus/ berdoa bersama kami di Parit Raja, sekurangnya berdoa bersama-sama secara jarak jauh. Ambillah peluang hari berkat Jumaat dan pola-pola (parameter) yang sangat baik ini.

Alhamdulilah… bisnes keropok kami pun dah ada kemajuan. Hari tu suami saya daftar syarikat pada 20/1 terus ada perubahan besar.

--------------------------
Sepasang suami isteri menjalankan perniagaan makanan dari rumah di satu taman perumahan, maka dapatkan sesi audit premis bagi menyusun atur dalam kedai... beberapa isu dibincangkan dan susun atur semula di buat. Dari segi logik, agak sukar  bisnes jadi berjaya kerana kedai kecil berada jauh ke dalam taman perumahan dan bukannya laluan utama, namun diikhtiarkan juga beberapa strategi. Yang penting ada perubahan dan menunjukkan bahawa perubahan boleh berlaku apabila kita ikhtiar mencuba.

Salam Dato. Dlm tempoh berdoa tadi, sy ada rasa pening, mngantuk, dan kini terasa nak muntah... apakah simpton tu Dato.

Tentang berdoa tentu sahaja saban hari dan waktu kita berdoa seperti doa untuk makan, doa masuk/ keluar tandas dsbnya. Tentu sahaja berdoa memberikan kebaikan seperti saranan para Nabi dan ulama - doa adalah penyembuhan, doa adalah cahaya dan sebagainya. Bagi perihal berdoa secara metafizik versi kami, bacaan doa adalah sama dari rujukan buku dan kitab tetapi dibuat ikhtiar tambahan kepada teknik berdoa tersebut; antaranya memilih hari dan waktu yang "energi tinggi" dsbnya. Ikhtiar ini seolah kita gunakan internet pada waktu kelajuan yang tinggi memudahkan urusan kita berbanding menggunakan internet pada waktu kelajuan rendah. Di dapati ada hari dan waktu tertentu daripada kiraan yang mana "energi yang tinggi" ini memberi kesan kepada individu yang sensitif terhadap energi yang mana mereka boleh merasai energi tersebut. Ini bukan bermakna semua orang perlu ada rasa terhadap energi daripada ikhtiar berdoa.

Apabila energi yang tinggi yang bergerak secara gelombang atau frekuensi (seperti frekuensi radio) "masuk" ke badan menyebabkan pertembungan energi yang sedia ada dengan energi yang baru menyebabkan rasa pening, mengantuk dan boleh menyebabkan muntah dan pengsan. Mungkin ini adalah proses "penerimaan" energi dan mungkin juga proses itu membuat "penyucian"... maka benarlah kata orang, bahawa doa itu adalah penyembuhan. Cuma, selama ini kita berdoa seorang diri atau kita berdoa tapi macam tidak nampak apa-apa perubahan kepada diri kita, maka kita ikhtiarkan berdoa cara ikhtiar lain pula iaitu secara berjemaah, memilih hari dan waktu, berdoa dengan teknik "cahaya" dsbnya. Jika selama ini kita hantar pos kepada Nya guna pos biasa, maka ikhtiarkan pula guna Pos Laju, begitulah analoginya berdoa perlu ada peningkatan bukan sekadar angkat tangan. Teruskan sahaja berdoa pada bila-bila masa juga namun kita cubalah pula doa kita itu punya "energi"

Jadikanlah doa anda itu benar-benar sebagai penyembuhan, sebagai senjata, sebagai tarikan rezeki dan sebagainya.



Terapi pasir... kaedah terapi pasir iaitu tanam diri dalam pasir memang ada dibuat di beberapa tempat di luar negara, kalau tak terapi pun, pengunjung ke pantai bermain-main dengan pasir - bola tampar pantai, berkelah dsbnya... cuma di Malaysia ini kita taklah nak tanam diri dalam pasir pantai macam pelik. Tetapi, yang pelik tu kami buat iaitu terapi pasir di pantai. Jika anda nak buat tanam diri di pantai Port Dickson, pantai Teluk Cempedak dsbya pada hari hujung minggu boleh saja. Minta rakan atau ahli keluarga tanamkan badan anda dalam pasir dan anda baringlah sambil berdoa dsbnya. Kombinasi kandungan pasir, air laut yang masin, udara yang segar dsbnya sememangnya satu terapi.

Atau  ikut kami dalam program Upload Energi Pasir Emas di Pantai Sri Mersing, Johor. Pemilihan dibuat kerana sememangnya pantai ini ada emas, biasanya selepas program tanam diri, kami mendulang emas dan memang dapat emas. Jadi, energi di situ tentang rezeki dan kekayaan. Jika wanita, datanglah bawa suami untuk suami tarik anda keluar dari pasir, tak bolehlah kami tarik, tapi tak mengapa jika tiada orang tarik anda keluar sebab kami ada sediakan admin wanita. Di dalam program ini pemilihan tarikh yang baik untuk energi dan diadunkan dengan doa-doa khusus yang berbentuk rawatan energi untuk memulihkan energi.

Kebaikan program Terapi Pasir Mersing;

1.  Gabungan menggunakan kesemua elemen alam bagi tujuan pemulihan energi dalam badan - tanah, air, angin, cahaya, pokok dsbnya, berbanding rawatan dalam bilik rawatan tertutup di klinik rawatan, jom sesekali buat rawatan energi secara outdoor pula.
2.  "Penyerapan" energi secara langsung  dari tanah ke badan, menggunakan bahan semulajadi. 
3.  Berdoa kepada Maha Pencipta "terus" tanpa "dinding". Aktiviti berdoa di tempat lapang melihatkan awan, langit, pokok, deruan ombak untuk merasai nikmat ciptaan Nya bagi menghayati doa dengan lebih baik.
4.  Rawatan energi dan doa khusus untuk energi daripada individu-individu berpengalaman dan berstatus dalam bidang energi - Dato Eddy, Dato Saiful, Dato Allya dan ramai lagi. Kami bercadang bawa Dato Jamil seorang pakar "jurus buka diri" untuk bersama kami buat rawatan energi pada program kali ini.

Ini adalah program keempat kami di Mersing. Satu kelainan unik untuk program 2016 ini adalah berlaku fenomena bulan mengambang pada 23 Mac iaitu 2 hari sebelum program, yang mana biasanya air laut pasang tinggi pada bulan mengambang dan bilamana air laut pasang tinggi, emas-emas dari laut banyak "naik" ke pantai (tips: mendulang emas di kawasan berbatu yang bertindak seperti penapis emas dari laut). Juga, kebetulan 23 Mac adalah Hari Ulangtahun Kemahkotaan Sultan Johor... jadi memang energi POWER! kali ini. Rugi tak datang! Jom, daftar segera!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Trending Articles