Quantcast
Channel: Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821) - A-d\'s blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 312

Tiada Berhentinya Kejayaan Tiada Akhirnya Kekayaan

$
0
0


 Kini tibalah di hujung tahun 2017 yang telah dilalui dengan banyak cabaran... jika anda membaca ayat ini maknanya masih bernafas hidup lagi, bersyukur kepadaNya.. cuma "sesak nafas" lah melalui tahun 2017 ini kan.. sebab tahun 2017 ini lebih banyak pola konflik berbanding potensi baik... tak pelah dah nak habis pun tahun, maka jom kita bersedia dan tempuhi tahun 2018 dengan lebih baik lagi.. tahun 2018, Malaysia dalam tempoh Virtuous Star iaitu "kekayaan"... sepanjang 2017 ini, banyak kali bersua dengan projek2 mahupun dana2 beratus juta, berbilion dan bertrilion ringgit... tapi atas dokumen lah.. alam nyata mahupun alam ghaib pun ada tak sangka ada beratus juta!... mudah2an 2018 ini "muncullah" semua kekayaan itu menjadi realiti untuk dinikmati kita semua bersama... kita mohonlah kepada Nya.

Amal jariah dari pihak kami pada 29 Disember ini, terbuka untuk semua sesiapa saja muslim atau non muslim, bekas pelajar/ client ataupun orang yang baru nak kenal/ mencuba ikthiar sebegini. Jom, kita bersama2 berikthiar cara sebegini pula kali ini untuk ikhtiar masuk tahun 2018 dengan lebih bertenaga!

Picture
Anak bongsu dan rakan2 sekelas beliau memenangi Anugerah Projek Paling Kreatif di STEM Camp yang berlangsung di UPM. Walaupun berstatus sekolah harian boleh juga setanding dengan pelajar2 dari MRSM, SBP dan PERMATA... tentu mengharumkan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang.


 Pendaftaran masih dibuka... jom join bersama Dato Eddy buat ikthiar energi untuk anak bongsu yang bakal menduduki SPM 2018 nanti dan ikthiarkan juga untuk anak anda.

Picture
Pada 21 Dis 2017 lalu, Dato Eddy telah dijemput oleh pihak TV Alhijrah bagi membicarakan perihal perancangan kewangan 2018. Sila lihat video di bawah bagi mengikuti tips2 perihal kewangan. 


Picture
Perlukah kita meramal sesuatu fenomena? Tidak perlulah meramal kedatangan ribut taufan yang mampu membawa banjir besar meragut nyawa ribuan orang dan merugikan ekonomi jutaan ringgit, tidak perlu meramal wabak denggi yang melumpuhkan ekonomi, biarlahkan Tuhan dah tentukan terima sajalah musibah yang datang, kalau dah rugi tu rugilah... Namun, Tuhan bagi kita peluang dan ruang untuk mencari ikthiar membuat pencegahan, di samping kita berdoa kepadaNya, lagipun kaedah "ramalan" sebegini bukan menggunakan kuasa ghaib atau meneliti pergerakan ayam2 yang merayau2 di laman rumah tetapi mengambil data2 dari alam sekitar dalam bentuk ukuran dan kiraan (kiraan itu menggunakan nombor atau angka) dan dibuat analisa... kita berikhtiar dahulu dan tentunya keputusan dariNya jua. 

Bukan semua metafizik itu karut atau auta, memang ada yang karut tetapi sepertimana bidang2 lain kita perlu bijak mengenalpasti. Dulu kajian sains menyatakan Vitamin E bagus untuk kesihatan jantung namun kajian terbaru mendapati Vitamin E tiada kesan besar kepada jantung.. ilmu itu sentiasa dinamik dan kita teruslah sentiasa mengkaji untuk ikhtiar.


Picture
Namanya pun ikhtiar.. sampaikan datang ke rumah cllient ini untuk susun di sudut mana sebaiknya untuk letak komputer, tukar plag elektrik, gunakan tarikh yang baik untuk resume, buat ikhtiar energi rezeki dan sebagainya. Pelbagai faktor diambil kira untuk sesuatu kejayan/ masalah dan kita berikhtiar mengenalpasti dan membuat tindakan terhadap setiap faktor yang ada... dah ikhtiar tentunya mohon izin Nya pula.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 312