Quantcast
Channel: Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821) - A-d\'s blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 313

Cabaran Kekayaan Kunci Kejayaan

$
0
0

Kata-kata di atas itu sebagai motivasi bahawa ikhtiarkan potensi yang anda ada daripada menunggu sahaja ianya datang - mungkin datang 20 tahun lagi anda dah tua atau jika datang pun tak perasan terlepas pandang. Contohnya, Graf Hayat Dato Eddy adalah Main Structure Great Financier iaitu diri sendiri adalah seorang "financier" (berkaitan kewangan - financial/ funding)... tetapi tak pernah pulak belajar akaun atau perdagangan di universiti.. tetapi diikhtiar dengan mempelajari bidang financial planner seperti unit trust dan mencuba pula dalam bidang broker funding dengan bersusah payah turun naik meeting sana sini. Pada awal 2017 lalu, berjaya menemukan funder dengan project owner untuk projek RM9 billion, namun projek tersebut masih tersangkut kerana masalah paperwork (dari aspek metafiziknya, banyak aspek "halangan" dalam nama syarikat owner dsbnya). Walaupun agak kecewa belum berjaya tetapi ikhtiar diteruskan... ikhtiar energi, usaha dsbnya... syukur dapat satu peruntukan untuk RM30 juta dan terbaru mendapat funding untuk projek  sebanyak RM227 juta malah ditawarkan untuk menjadi wakil funder pula (siapa ada projek RM20 juta ke atas sila hubungi Dato Eddy)... maknanya dah sampai juga potensi sebagai Great Financier... apa yang tertulis (takdir) itu dimaksimakan dengan ikhtiar... Kalau difikirkan, semasa 20 tahun lalu, rasa macam tak logik boleh sampai tahap Great Financier... sebab dahulu bekerja di kilang sukarlah nak sampai tahap Great Financier.. cuma berkawan dengan Financial Controller kilang je la.. kalau 20 tahun lalu tak diikhtiarkan, mungkin dah tua 70an nanti nak berusaha mungkin lagi sukar.

Oleh itu, kenalpasti potensi anda - daripada Laporan Graf Hayat atau Laporan Potensi Diri & Perniagaan, mahupun daripada kelas, seminar atau sesi konsultansi bersama Dato Eddy... usah tunggu 20 tahun lagi baru terfikir mengapa tak dibuat 20 tahun yang lalu?

Maklumbalas peserta ikhtiar energi rezeki... kita ikhtiar pada hari dan waktu yang dipilih.. mengharapkan Dia izinkan kejayaan yang dipinta...
Picture
Tarikh yang dipilih ada pola 769, 69, 36, 792 dll.. dan waktu yang dikira mempunyai tahap energi yang baik... sebagai ikhtiar kita mendapatkan energi rezeki yang ada di bumi ini, milikNya jua. Dato Eddy yang mula2 perkenalkan kaedah 769 dan digunakan pula dalam pemilihan tarikh daftar syarikat termasuk tarikh energi.


Di kala kesempitan ekonomi negara dalam tahun 2017 ini, masih ada ruang untuk kekayaan, jadi kita ikhtiarkan jua.


Teknik "kerabat" di ajar oleh seorang dato' kepada kami.. menggunakan Surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas dengan pergerakan tertentu.. ikhtiar kita mencari redha dan izin Nya.

Modul ini akan diajar dalam kelas Energi seperti Pola 38 (Tahap 2) atau Pola 769.

Picture
Baru saja anak bongsu minta tukarkan duit kecil kepada not besar RM700... beliau ini ada perniagaan jualan T-shirt.. dari Tingkatan 2 lagi berniaga.. bukan kami ibubapa yang menyuruh  tetapi minat beliau.. Antara perniagaan beliau yang lain adalah photographer, video-editing dan persembahan piano... kecil2an sebagai tambah pengalaman. Walaupun beliau ini tiada angka 69 (usahawan) tetapi boleh saja bina perniagaan. 


Seperkara tentang si bongsu ini, dalam petak tarikh lahir beliau tiada langsung angka 6. Ketika mengandungkan beliau, kami sekeluarga ada masalah kewangan akibat kerugian bisnes puluhan ribu dan hutang puluhan ribu... oleh itu, sebagai panduan, jika anda baru kerugian bisnes elakkan dari mengandung dalam 1 tahun atau hingga anda benar2 stabil kewangan kerana ada potensi baby tu dilahirkan dengan tiada angka 6 atau angka 6 yang bermasalah dan membesar dengan membawa potensi masalah kewangan... ini adalah pengalaman sendiri, ketika itu belum lagi mempelajari kaedah metafizik pernomboran, begitu juga setelah membuat kajian pernomboran selama 13 tahun, fenomena sedemikian yang ditemui. Pernah seorang client yang menceritakan kisah hidup daif adik beradik 13 orang dan bila dilihat pada petak tarikh lahir beliau didapati tiada langsung angka 6 dalam petak pembayang dan membawa pula pola angka 6 yang bermasalah dalam petak statik...client itu sering bertukar bisnes kerana asyik kerugian/ bisnes tak kekal.

Jadi, bagaimana untuk anda melahirkan zuriat yang mempunyai potensi lebih baik daripada situasi anda? Takkan nak tunggu kaya baru nak mengandung atau jika anak telah dilahirkan ketika anda mempunyai masalah kewangan dan anak itu tiada potensi pola kekayaan?  Kerana itu strategi dan ikthiar dibuat daripada sekadar berserah kepada nasib semata-mata.



Sebelum ini Dato Eddy ada mendedahkan tentang kiraan jumlah no telefon yang berjumlah "8" ditemui pada individu2 yang mengalami masalah kehidupan/ perniagaan. Tujuan dipaparkan adalah untuk berkongsi kajian yang dijalankan dan dijadikan panduan. Boleh saja menggunakan angka 8 tetapi perlulah kuat semangat dan tabah serta banyak bersabar, seolah angka 8 ini "berat" dibawa untuk mendapat "untungnya besar". Kepada yang baru nak mulakan perkahwinan, kehidupan/ perniagaan, elakkan dahulu jika boleh apa yang berkaitan jumlah 8 dalam nombor telefon dll kerana dikhuatiri anda tidak mampu bawa "ujian" melainkan anda memang "hati kering" untuk berjuang mencapai kejayaan.... Dah sampai tahap berjaya kaya nanti terpulanglah angka apa yang anda nak gunakan.

Maklumbalas seorang peserta program Ikhtiar Energi.. satu ikhtiar "jana dan tambah" energi.. setiap orang mampu menjana energi kejayaan namun perlu melalui banyak fasa maka teruskanlah ikhtiar anda.. boleh juga ikhtiar untuk menjana energi bersama Dato Eddy... dengan izinNya.


Setiap tahun tertentu seperti tahun 5 dan 7 perlu kita lalui dengan cabaran... contoh 2014 lalu 2+0+1=4=7.. tahun 7 menyaksikan kehilangan dua pesawat MH 370 dan MH17... 2015 pula 2+0+1+5=8.. banyak tekanan dilalui.. itu di peringkat negara.. bagi peringkat diri kita pula... peringkat syarikat kita pula... peringkat pasangan pula.. anak2 pula... memang banyak faktor sekeliling! Oleh kerana itu, perancangan potensi dan prestasi kehidupan elok dibuat secara detail bukan sekadar tahu permukaan semata-mata.

Bagaimanakah anda untuk perancangan tahun 2018 nanti? Apakah kitaran tahun anda? Adakah ianya tahun 5 atau 7? Takkan berserah pada nasib sahaja... kitalah yang perlu buat ikhtiar dan perubahan? Apa persediaan yang anda mahu lakukan?

Perkhidmatan Dato Eddy:
- Konsultansi Peribadi/ Perniagaan
-Seminar Strategi Hadapi Tahun 2018 dan persediaan hadapi tahun krsisi kewagnan 2019 (Vacuum Star)... kelas secara personal atau kumpulan tertutup boleh diaturkan.

Sebagai satu ikhtiar membuat perancangan bagi tahun 2018 nanti... Graf Harian Bulanan (kod S33)... Boleh dapatkan di sini

Tempahan: Whatsapp nama dan tarikh lahir ke 017 769 76946... btahu Graf S33. Ada 4 keping x rm10 = RM40.

Tujuan kaedah ini untuk mengenalpasti hari yang berpotensi baik (Graf tinggi mata 6-9) untuk buat sales, close sales, beli jual saham, bisnes ekspo/ karnival dsbnya  atau hari berpotensi kurang baik (mata 1-3). Ianya berdasarkan kepada tarikh lahir mahupun tarikh daftar syarikat. Banyak lagi kegunaan graf ini termasuk beberapa kes graf harian digunakan untuk menentukan hari subur/baik untuk mengandung bagi ikhtiar pasangan yang tiada/ tambah anak, kes mengenalpasti hari pelajar untuk peperiksaan dan lain2.

Tentang cara kiraan, ianya tidak lagi didedahkan ada formula tersendiri ciptaan Dato Eddy sendiri.

Bagi pemilik Diari Metafizik 2018 atau Software Integrasi, graf ini memang ada di dalamnya. Yang ini bagi mereka yang bajet kecil atau yang mahu fokus untuk harian semata-mata. Namun, Graf Harian (S33) ini tiada pola dan arah (yang itu Diari Harian S21 - harganya agak mahal sebab banyak cetakan) dan tentunya yang terbaik adalah Diari Metafizik 2018 atau Software Integrasi kerana ada graf, pola, arah dan juga fenomena graf hayat untuk setiap hari,

Picture
Rawatan Genetik (Gene Therapy) buat masa ini dianggarkan dalam RM4 juta untuk seorang pesakit.. mudah2an dengan peningkatan sains dan teknologi dapatlah kaedah rawatan genetik ini didapati pada harga yang lebih murah dan mudah didapati. 

Umpama sebuah rumah yang rosak lantai dan dinding, daripada sekadar menampal adalah lebih elok untuk membetulkan semula struktur bangunan supaya kukuh, begitulah umpama untuk membetulkan diri dan potensi kita, daripada sekadar berikhtiar sana sini tak tahu jadi tak menjadi lebih baik ditukar struktur dalaman kita.. contoh, jika lahir pada hari yang tiada pola 38 atau 769 maka kita gunakan rawatan genetik untuk membetulkan struktur dalaman kita supaya punyai "kuasa" pola 38 atau 769, yang sedemikian lebih berkesan dengan izinNya secara sains...  mana tahu boleh jadi Superman pula kan.. yang kaya, sihat dan ada kuasa... tetapi sementara menunggu kaedah rawatan genetik ini lebih mudah dan murah entah puluhan tahun lagi, kita ikhtiarkan dulu kaedah pernomboran, kaedah ikhtiar energi, seumpamanya daripada sekadar kita termenung menunggu kejayaan atau melulu buat tindakan yang lebih memberi tekanan.




Maklumbalas peserta program Ikhtiar Energi Bulanan, juga peserta kursus dan klien konsultansi.

Salah satu mengapa ramai peserta kursus atau klien konsultansi yang masih belum dapat berjaya dalam impian kejayaan adalah kerana kesukaran untuk membuat perubahan secara mendadak.. contohnya, mereka tinggal di rumah yang telah dibeli dan adalah sukar untuk membeli rumah lain pula pada masa terdekat.. kaedah kami adalah PERNOMBORAN maka apa jua nombor kami kami, bukan sekadar nombor tarikh lahir semata-mata... nombor rumah juga memainkan "faktor".

Namun, sebelum ini Dato Eddy ada mendedahkan tentang perihal individu yang punyai kiraan jumlah 8 untuk nombor telefon biasanya mempunyai kehidupan yang tertekan, apa lagi, para anti-metafizik mengecam mengatakan nombor bukanlah penyebab masalah... tapi bukankah nombor itu ciptaan Nya jua maka kami mengkajinya untuk mengetahui fenomena yang diwakilinya dan berikhtiar mencari jawapan dan penyelesaian. Lihat kes di atas ini, secara jelas menunjukkan ketegangan untuk kedua2 pihak terutama dengan berada dalam nombor yang tertekan. Jika para anti-metafizik ada cara mujarab selesaikan masalah ini serta merta  dengan mudah, mari sini la tunjuk ajar kami bantu kami dan selesaikan ribuan kes yang ada pada kami ini.. apa yang kami buat setakat ini adalah ikhtiar.. ikhtiar energi, ikhtiar strategi.. mencari redha dan izinNya.

Berbalik kepada perihal rumah... rumah merupakan tempat menjana energi kita setiap hari.. rumah perlu ada "energi" yang baik dan ikhtiar strategi menyusun aturan dalam rumah/ bilik dan tentunya termasuk juga nombor rumah, sekeliling rumah dan sebagainya. Jika rumah punyai angka yang "stress", aturan dalam rumah yang "stress", penghuni yang "stress", sekeliling rumah yang "stress" adalah faktor-faktor yang kita ikhtiar.

Contoh untuk seorang individu:
Rumah no 8 (termasuk 17, 26, 35, 53 seumpamanya)
Rumah blok 50 = 5
Tarikh lahir Root Number/ Asas no 8
Pasangan pula banyak angka 8 dalam petak tarikh lahir
Bilik tidur arah angka 5
Anak yang ke 5
Plet kereta 1889 = 8
Rumah ibu bapa no 89 = 8
Arah ke tempat kerja arah no 8
No Staff 5 (contoh: campurkan 24395) patutlah 30 tahun kerja tak naik pangkat
dan sebagainya 5 atau 8...

Begitulah rumit kehidupan dan tentunya bukan mudah untuk diselesaikan pada masa yang singkat tetapi kita berikhtiar dengan strategi2 dan energi.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 313