Quantcast
Channel: Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821) - A-d\'s blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Puncak Kejayaan Tinggi Kekayaan

$
0
0

Amboi bergaya dengan kuali tu dua pasangan superman kita... nak masak apa tu chef? Tepi laut nak goreng ketam ke? Ini program mendulang emas semasa program Upload Energi Pasir Emas di Pantai Seri Mersing pada 29 November 2014 lalu... setahun selepas itu, Disember 2015 yang berbaju superman dari Sg Petani itu dikurniakan gelaran Dato dan sales mencecah RM1 juta dengan pasaran di Malaysia dan Indonesia... dua pencapaian yang mereka tidak sangka boleh berlaku dari orang biasa jadi yang ternama yang berjaya.. energi emas yang baik tu... Jom, pantai seri mersing, JOHOR,,, energi emas,, energi rezeki! Kita ikhtiar energi baru!
Picture
Sudah 3 kali mendulang di pantai mersing, dah tahu strategi dan teknik mendulang... memang ada emas di pantai... tapi tak sebanyak di kedai emas lah... ini baru real energi.... energi emas, energi rezeki!

23 Mac 2016... dijangka bulan mengambang pada hari tersebut yang mana kebiasaannya air laut pasang tinggi... emas-emas dari dalam laut "naik" ke pantai... energi rezeki, energi emas... kebetulan 23 Mac adalah ulangtahun Kemahkotaan Sultan Johor... aura kesultanan... kekayaan... 25 Mac kita akan berada di Pantai Seri Mersing, Johor untuk program kali keempat... Upload Energi Emas... terdapat dua pakej iaitu  Aura38 (RM483) atau Elit383 (RM3830)
Picture
Sudah tentu kita berdoa dan bermunajat terus kepada Yang Maha Pencipta.. memohon rezeki "turun dari langit" sebagaimana firman Nya dalam Surah Al Maidah ayat ke 114... tentang rezeki... kita berdoa kepada Nya. Berdoa dan bermunajat dengan suasana alunan ombak yang real bukan dari radio...

Mana ada program terapi pasir di Malaysia, kami yang mulakan dan seterusnya buat 3 kali di Mersing, Johor. Terapi pasir ada di Gurun Sahara serta di Jepun.. tanya pakcik Google... tapi kita tak payah pergi jauh, mari sini datang Johor.. terapi dari elemen tanah dan didoakan sekaligus... energi emas, energi rezeki... awal pagi semasa matahari pagi.

Foto 27 November 2011 di perkarangan Masjid Sultan Ibrahim, Muar,  Johor... tempat selalu kami buat program berdoa dari 2010 lagi sehingga kini ... pada masa itu bandar Muar belum diistytiharkan sebagai Bandar Diraja (24 Nov 2012). Kehadiran hampir 80 orang dan 3 individu yang berkereta mewah bersusun.. lokasi dipilih kerana ada nilai sejarah berkait Parameswara dan lagenda lama serta kedudukan tepi sungai/laut untuk energi air/ angin.. tentu sahaja dalam kawasan masjid yang barakah dapatlah buat solat hajat dalam masjid selepas itu... kenapa tak buat program berdoa dalam masjid? Disebabkan ada peserta wanita yang uzur tak dapat masuk masjid serta tak mahulah menganggu dalaman masjid.

Pemilihan sesuatu tarikh kini bukan sekadar berdasarkan kepada potensi tarikh itu sendiri tetapi juga potensi yang berterusan daripada tarikh tersebut. Dalam contoh di atas, bukan sahaja tarikh 20 Jan 2016 itu sendiri adalah "baik" untuk rezeki, tetapi ianya berterusan untuk 20 tahun (dari 2015 hingga 2035). Oleh yang demikian, pemilihan cara sebegini lebih baik bagi sesuatu aktiviti yang berpanjangan seperti tarikh pernikahan, tarikh daftar syarikat, buka akaun bank dsbnya (namun, untuk lebih berkesan ianya elok dipadankan dengan tarikh lahir individu).

Suasana di Padang Tok Sheikh, Gunung Jerai, Kedah.... sesekali kita "rehlah ibadah" iaitu berdoa dan bermunajat dalam suasana alam... berdoa dalam masjid memang pun tapi saja sesekali ambil angin segar dari alam ciptaan Nya... memuji Nya bersama alam... sebelum itu bersihkan diri (biasanya basahkan badan/ mandi) dan ambil wudu di telaga Tok Sheikh... air semulajadi tiada dirawat kimia klorin dsbnya, bagi segar sikit nak bermunajat kepada Nya... kita ikhtiar cara yang segar-segar yang semulajadi mudahan-mudahan doa dan munajat lebih "bercahaya" lebih aura berbanding berdoa dengan badan yang berklorin.

Fenomena "belum tiba jodoh" boleh menyebabkan seseorang itu bertindak untuk tidak meneruskan perkahwinan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Trending Articles