Quantcast
Channel: Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821) - A-d\'s blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Kejayaan Infiniti Kekayaan Explorasi

$
0
0
Makluman: Tarikh program Ikhtiar Energi Dikasih Sayang yang dijadualkan pada 25 Julai 2017 ditunda ke Ahad, 30 Julai 2017 kerana pola yang lebih menarik dan pada hari yang sama terdapatnya Ikhtiar Energi Rezeki.
Untuk 30 Julai 2017, terdapatnya satu fenomena unik iaitu 10 tahun pola 769+6666.. banyak angka 6 iaitu rezeki yang banyak... mudah2an ikhtiar energi rezeki pada hari tersebut membawa kebaikan rezeki yang berlipat ganda, dengan izin Nya. Tentu juga hari 30 Julai 2017 ada pola 38... serta 72 untuk tarikh itu dan 10 tahun iaitu untuk ikhtiar tarikh pernikahan (umum) mahupun ikhtiar Energi Dikasih Sayang.


Picture
Lagi filem Hollywood menggunakan angka 38 atau 83... Spiderman: Homecoming... menyebut angka 3,803

Picture
Filem Baby Driver... volume radio kereta dinaikkan ke tahap 38.. dan perihal jam 8.30 pagi.


Picture
Gabungan nama dapat hasil 5.

Di dalam kaedah pernomboran Dinamik versi Dato Eddy, adalah perlu kita periksa setiap perihal dalam bisnes seperti check potensi supplier mahupun customer.

Memang benar bisnes adalah pintu terbuka untuk semua pelanggan, namun jika ada pelanggan yang merumitkan keadaan (iaitu tidak serasi dengan bisnes kita) menjejaskan operasi bisnes juga. Jadi, kita ikhtiar:
1. Kenalpasti potensi SETIAP CUSTOMER untuk ketahui lebih awal tindakan sewajarnya.
2. Seterusnya  tentunya menyusun keutamaan customer dengan memberi keutamaan kepada yang baik/ serasi dan membina strategi sewajarnya kepada customer yang rumit/ tidak serasi.

Kan kita mahu buat bisnes yang cepat untung dan mudah urusan serta tiada kesulitan, jadi tentunya kita mengenalpasti potensi customer.



Picture
Keputusan cemerlang anak no 2 Dato Eddy yang berada di Universiti Malaya. Kali ini tak dapat GPA 4 cuma GPA 3.86. Kata beliau semester ini amat sukar dan katanya tiada mahasiswa/i yang perolehi GPA 4 untuk semester ini dan sebilangan kecil termasuk beliau yang dapat GPA 3.8.

Kita terus doakan anak-anak kita dan berikan mereka semangat dan energi yang baik2 kepada mereka.



Pada 15 Julai 2017 bertempat di De Rhu Beach Resort, Pantai Balok, Kuantan, Pahang berlangsung program kursus "Powesales" bagi satu agensi produk kewangan. Program kuliah sebelah pagi dan sebelah petang program Riadah Energi Outdoor pula di tepi pantai. Membentangkan pmotivasi sales serta strategi sales secara kaedah pernomboran dinamik.

Maklumbalas peserta2 dapat ilmu yang unik dan juga rasa lebih lega/ bersemangat selesai program Outdoor.

Tema ikhtiar energi untuk bulan Julai 2017 adalah tentang energi kesultanan bersempena hari keputeraan rasmi Agong (tetapi tarikh 26 Julai dipinda ke 9 September - September adalah bulan kelahiran Dato Eddy.. insyallah pada Sabtu kedua September 2021 nanti tarikh hari keputeraan Agong sama dengan hari ulangtahun kelahiran Dato Eddy). Bagi peserta ikhtiar energi mudah-mudahan mendapat energi yang baik dengan izin Nya supaya dapat membantu dalam usaha kita melayari kehidupan yang banyak cabaran.

s13foc_petak_statik_-_page_-_ver1.3_dilarang_edar.xls
File Size: 1198 kb
File Type: xls
Download File

Sila download file EXCEL di atas untuk kiraan automatik Petak Statik dan Arah Statik - PERCUMA. Versi yang ini boleh dibuka dan digunakan di dalam smartphone. Jadi, seeloknya anda buka laman ini dalam smartphone anda untuk terus download. Jika tak boleh, maka gunakanlah komputer/ lap top seperti biasa untuk download. Untuk smartphone, install dahulu apps EXCEL dari Play Store untuk dapat gunakan software ini. Elok terus simpan file ini dalam SD Card smartphone anda. Untuk digunakan dalam komputer/ lap top gunakan Microsoft EXCEL sahaja (software lain seperti KingSoft dsbnya mungkin ada masalah dengan software kiraan ini).

Atau, jika anda ada kesukaran untuk download atau malas nak transfer sana sini file, boleh saja WhatsApp minta software ini di 017 769 7946. Selepas dapat mesej nanti WhatsApp nanti, buka file tersebut terus dari WhatsApp (tetapi perlu install apps EXCEL dahulu di smartphone anda).

Untuk guna software kiraan ini, KLIK DI PETAK KUNING dan klik di petak kuning baru boleh masukkan tarikh, bulan, tahun. Jika klik di petak putih yang lain akan keluar notification tak boleh edit. Untuk tahu maksud pola2 dsbnya, dapatkan buku potensi, sesi konsultansi atau hadir kursus bersama Dato Eddy. Usahlah Whatsapp bertanya nak tahu kesemua pola2 begitu sahaja atau minta dijelaskan potensi sebegitu sahaja. Perkhidmatan sebegini berbayar.

Dahulu semasa tahun 2011, Dato Eddy telah berhabis RM5 ribu untuk bina apps sebegini dan bila disiapkan oleh programmer, hasilnya tidak memuaskan. Kini, apps EXCEL dah ada maka tak perlu nak buat bina apps untuk mainkan kiraan ini. 

Ini cuma Petak Statik secara asas diberi PERCUMA. Yang lain seperti Petak Pembayang, Petak Kiraan Harian dsbnya tak bolehlah bagi free lah, ada bayaran.

Dah tak perlu lagi nak lukis segitiga atau petak tarikh lahir atas kertas tisu kat kedai mamak. Zaman sekarang ini gunakan smartphone lebih professional.

Perlu diingatkan bahawa bentuk Petak Statik adalah ciptaan Dato Eddy, ada banyak pihak menggunakan petak tersebut dalam seminar mereka tanpa kebenaran... nak gunakan secara personal/ peribadi dibenarkan. Cara kiraan berdasarkan kiraan dari Hal Lingermann dari Amerika Syarikat. Walaupun Dato Eddy belum copyright/ trademark petak tersebut tetapi bilamana dapat melihat petak ini digunakan dalam seminar orang lain tanpa kebenaran maka tahulah pihak yang tidak bertanggungjawab. Yang penting, gunakan software ini untuk kegunaan peribadi, jika melibatkan seminar, upload dalam fb dsbnya, dapatkanlah kebenaran daripada Dato Eddy dahulu.

Dijemput semua hadir ke program ini. Kepada yang baru mengenali tempat ini, terdapat dua pintu masuk ke kawasan lipur Gunung Pulai, Johor (jika dari PLUS, keluar susur Kulai dan selepas tol belok ke susur di kanan). Kawasan Gunung Pulai 1 tidak membenarkan orang awam untuk naik ke kawasan tersebut. Sila terus ke pintu Gunung Pulai 2. Jumpa Dato Eddy dan rakan2 lain di sana nanti. Logo dan tema KemKita iaitu Sejarah, Budaya dan Flora adalah cetusan idea Dato Eddy. Gunung Pulai punyai sejarah yang menarik serta dikelilingi dengan pelbagai budaya yang unik, juga flora yang menyegarkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 311