Quantcast
Channel: Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821) - A-d\'s blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Tapak Kejayaan untuk Destinasi Kekayaan

$
0
0

Berita terkini nk share ngan dato.. Sy kini hamil 6mgu.. Alhamdulillah.. Usaha dr nasihat dato.. Semoga bayi ni sihat dan dapat lahir in sept 2016 seperti yg dato beritahu sy sblm ni.. 

Dan sedikit testimoni dr program berdoa mekah.. Sales sy meningkat 1/2 ganda.. Walaupun belum banyak, sy bersyukur, sempena setahun biz ni sy akhirnya break even tepat pd setahun biz.. Syukur.. Dan ada beberapa kali, sy buat LOA atau teknik 38, apa yg sy sebut menjadi.. So, lpas ni sy nk tingkatkn lg angka sales dgn teknik 38.. Yakin & percaya tu penting.. 😊 alhamdulillah..
.

Tidak dilahirkan dengan pola kekayaan 769, tapi bila masuk 2015 ada pola 769 dalam petak diri (dinamik tahunan). Ini menunjukkan bahawa usahlah kita mengeluh sukar kaya kerana dilahirkan tidak kaya. Tuhan Maha Pemurah dibaginya kita ini peluang untuk jadi kaya, jadi berusahalah akan tiba masanya jua... cuma nak tahu lebih terperinci bila kaya, gunakan kaedah pernomboran sebegini sebagai satu cara. Apa pun, tetaplah positif dan berikhtiar berusaha.

Amboi kak, terlajak hepi ye nampaknya pakai mekap baru... tengok tu nombor akaun maybank dia kak oii 796... ha.. jangan tenung tapi tengok je kak oii... terlajak kak gitu...

Kalau kak pandai nah isikan tempat kosong ni kak.. tengok petak tarikh lahir dia

Pola produk kesihatan/ kecantikan : ____
Pola orang kenamaan  (Dato)         : ____
Pola Pengarah Urusan (pemimpin)  : ____
Pola Pengasas Produk                  : ____
Pola produk minuman                    : ____

Tak tahu ye kak, jom sini belajar dengan kami. Ha, ini bukan rekaan dato eddy tapi kajian kak oii.. realiti. 

Kelas berkaitan - tempahan Dato Nizam 012 769 3807
- Sesi Personal Coaching/ Konsultansi Peribadi/ Perniagaan
- Kelas WhoAmI Asas Pernomboran
- Kelas Pola 966 Potensi Bisnes Berkesan


Pada akhir tahun 2007 lalu, sdra Noredie datang ke kursus Potensi Usahawan Dato Eddy di Pusma, Skudai.. beliau bercerita sudah berhenti kerja untuk buat bisnes tapi 6 bulan tidak bekerja kerana sukar cari kerja dan buat bisnes pula gagal tak menjadi terpaksa seharian alas roti canai 2 keping, datang ke kursus pinjam duit kawan pinjam kereta kawan. Setelah mendapat tahu potensi serta tips bisnes, beliau menjalankan satu perniagaan dan 6 bulan selepas itu sales menjadi RM500K dan pernah mencapai sales RM1J serta mendapat anugerah usahawan terbaik 3 tahun berturut-turut... Toyota Camry, Mercedez AMG dan Velfire plet 7272 serta banglo RM500K serta pendapatan mencecah RM80K.. itulah hasil beliau dalam perniagaan.

Apakah anda teragak-agak nak buat bisnes? Takut gagal dalam bisnes? Tak tahu nak mula atau pilih yang mana satu?

Jom, pelajari tentang potensi bisnes berkesan bersama Dato Eddy berpengalaman membantu ramai usahawan semenjak 2006 lagi (antara pelajar tahun 2006 adalah Dr. Azizan Osman) dan dapatkan perkongsian pengalaman tentang bisnes oleh sdra Noredie.


Untuk kelas Pola 966 Potensi Bisnes di Cyberjaya, jemputan khas perkongsian pengalaman adalah Dato Seri Hasnizal, YDP Kelab Prihaatin Infiniti, yang mana Dato Eddy adalah sebagai konsultan untuk kelab tersebut. Semasa pertama kali khidmat Dato Eddy digunakan, kelab tersebut cuma ada 300 orang dan situasi perniagaan yang suram. Setelah perubahan dibuat mengikut potensi bisnes, berlaku peningkatan ketara dalam perniagaan. Bagi tahun 2015 kenaikan 300% bagi pembayaran kepada ahli yang meningkat hingga 1800 orang. Antara perniagaan yang dijalankan adalah pasar mini (Prihaatin Grocery) dan lain-lain.

Apakah anda teragak-agak nak buat bisnes? Takut gagal dalam bisnes? Tak tahu nak mula atau pilih yang mana satu?

Jom, pelajari tentang potensi bisnes berkesan bersama Dato Eddy berpengalaman membantu ramai usahawan semenjak 2006 lagi dan dapatkan perkongsian pengalaman tentang bisnes yang berkesan.



Picture
Tahniah atas penganugerahan Dato... seorang klien Dato Eddy dari Sungai Petani, peserta program Energi38 Pasir Emas Pantai Mersing 2013 yang lalu. Perubahan yang ketara... dalam masa setahun sudah mencapai jualan RM1 juta dan kini anugerah Dato pula.

Semasa program di Mersing lalu beliau baru sahaja memulakan satu bisnes networking, tapi tidak pasti boleh berjaya kerana sebelum sebelum ini sudah banyak networking yang tidak menjadi (rupanya dalam petak tarikh lahir beliau tiada pola networking)... tetapi itulah ikhtiar dan bersyukurlah kepada Nya kerana izin Nya untuk kejayaan

JOM KE JOHOR DARUL TAKZIM - JDT! MERSING!


Assalamualaikum Dato... Dato ada doakan ibu sy sekalikan masa umrah lps? .... Alhamdulillah td mak kat kg B.Pahat Johor baru call dia dpt surat dari Tabung Haji. Rayuan tunaikan haji diterima. Nama mak dlm senarai...Terima kasih byk Dato...terima kasih byk2

alhamdulillah.. now I'm pregnant 4 weeks++.. masa Dato pergi umrah bulan Mac, saya kirim DOA yg sama.. bila dato kembali ke Malaysia.. saya +ve.. tp keguguran masa 12 minggu.. so Kali ni.. saya minta doakan hamil lg.. baru Allah makbulkan...

Picture
Jika anda lalui lebuhraya Setia Alam atau pergi ke Setia City Mall, Bandar Setia Alam, anda akan lihat bangunan ini... nama syarikat ini juga ada terpampang di bangunan berhampiran The Mines, Jalan Tun Razak dan Subang Parade... Dato Eddy pernah bekerja di organisasi ini selama 14 tahun sebelum ini sebagai Pengurus Kualiti (QA Manager) yang bertanggungjawab dalam urusan audit sistem kualiti juga pemeriksaan kualiti (QA/QC) bagi kilang di Klang, Banting, Lukut, Ipoh, Sadao, Phuket dan China... dapatlah merasa pengalaman tinggal di Thailand dan China... kali terakhir bersama organisasi ini, Dato Eddy mengendalikan hampir 70 audit sistem kualiti dalam setahun dari pelbagai pihak.... pelik bukan, ini adalah syarikat pengilangan tapi ada banyak bangunan pula,.. inilah bidang hartanah yang mana pendapatan daripada sewaan (rental), jadi bidang hartanah terutamanya sewaan merupakan satu bisnes yang menjana pendapatan yang baik tidaklah berharap kepada jualan produk yang turun naik berbanding sewa pejabat yang tak pernah turun!





Berbalik kepada pengalaman luas Dato Eddy dalam bidang kualiti dan audit serta datang dari dunia industri dan perniagaan menjadikan Dato Eddy seorang pengamal metafizik yang berpengalaman luas secara langsung dalam industri berbanding pengamal metafizik lain yang berpengalaman daripada buku. Disebabkan itu ramai klien mahu mendapatkan kepakaran Dato Eddy dalam strategi dunia bisnes dan industri serta audit perniagaan.


Picture
Dato Eddy dipanggil untuk membuat audit premis perniagaan di Wangsa Maju, KL... klien ini berpindah pejabat baru kerana pejabat lama diambil semula oleh pemilik. Sebelum ini klien ini pernah mendapat tender RM60 juta setelah 3-4 bulan membuat audit premis perniagaan oleh Dato Eddy... memang benar, kedudukan dalam pejabat memainkan peranan, kerana itu kaum Cina sangat mementingkan "Feng Shui" hingga sanggup membayar RM2500 bagi satu sesi audit premis.. alaaa sesi Dato Eddy murah saja, kalau nak yang mahal boleh juga (iaitu penyediaan laporan audit, follow-up dsbnya terpulang kepada pakej).

Klien ini juga pernah hadir ke program Upload Energi 38 Pasir Emas di Pantai Mersing pada 2012 lalu.. memang power kan program ikhtiar sebegitu.. jom, 26 Mac 2016 kita ikthiar sekali lagi di Pantai Mersing untuk kaya berjaya! 



Anak kedua Dato Eddy yang SPM 10A+ 2014 kini melanjutkan pengajian di UM dan keputusan peperiksaan semester 1 adalah GPA 4... Jom, kita sama-sama ikhtiar doakan anak-anak kita (boleh juga untuk diri sendiri) untuk cemerlang akademik bagi sesi tahun 2016 ini.

Bersama 3 guru kami dalam dunia perubatan alternatif/ mistik dalam satu program untuk ikhtiar rawatan energi serta mengenali/ merasai pengalaman dunia perubatan alternatif dan mengenali perihal kesenian dan warisan termasuk perkara-perkara berkaitan makrifat, kebatinan dsbnya... jom, ikut kami!

Bagi penduduk negeri Utara pula tentu sahaja Gunung Ledang menjadi satu tempat untuk "riadah energi". Boleh sahaja kita buat program munajat di Masjid Zahir, Kuala Kangsar atau mana-mana masjid tapi tak naklah buat "happening" di tempat awam sebab pernah kena sergah dengan orang luar yang tak faham cara kami berdoa berama-ramai di luar masjid dsbnya.... ini juga satu kaedah bermunajat terus kepada Nya di tempat terbuka dengan keindahan alam... pokok, awan, langit.. kita tak terpedaya dengan kecantikan bangunan semata-mata sebaliknya sepertimana Nabi saw juga memanjat gunung untuk membuat amalan, ini juga satu senaman dan terapi. Tarikh 20 Jan 2016 punyai kelebihan "rezeki masuk" untuk 20 tahun, jadi kita mohon kepada Nya supaya diizinkan kita ini dan tentunya diberkati Nya untuk kita merasai fenomena ciptaan Nya yang bagus itu.

Baru-baru ini terjadi 3 plag elektrik yang terbakar dan perlu diganti.. kebetulan apabila diperiksa nombor siri untuk plag rupanya bernombor yang "tidak bagus" iaitu 5 dan 8. Sebelum ini pernah terjadi satu plag terbakar menyebabkan TV baru 6 bulan dibeli juga terbakar,. sama juga, nombor siri plag yang "kurang baik". Oleh itu sebelum beli plag, periksa dan "kira" dulu pilih nombor yang "baik".

Begitu juga dengan premis kediaman dan premis perniagaan.. rupanya nombor siri meter eletrik juga memainkan peranan! Contoh di atas itu adalah premis perniagaan seorang usahawan yang jualannya RM1 juta.. apa taknya tiada langsung nombor 5 atau 8 di nombor siri meter tersebut dan ianya adalah siri nombor yang "baik".

Jadi, jika hidup anda bermasalah, sebelum berjumpa bomoh, kira dulu nombor siri plag elektrik dan juga meter elektrik rumah anda. Berubatlah segelen air syifa pun jika parameter rumah anda tidak "bagus" maka ianya tetap kembali tidak bagus... tapi untuk kelegaan sementara tu bolehlah berubat tapi jika nak pulih 100% peratus byak perkara perlu dibetulkan termasuk no siri meter elektrik!

Penyelesaian: pindah rumah atau tukar unit meter/ plag!

Plag bolehlah tukar sendiri baru RM4.50 tapi meter elektrik tu pandai-pandai cari jalan nak minta tukar!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Trending Articles