Quantcast
Channel: Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821) - A-d\'s blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 312

Teropong Kejayaan Teropong Kekayaan

$
0
0

Klik pada flyer di atas untuk terus daftar di WhatsApp Dato Eddy Rosyadie 017 769 7946 boleh daftar dahulu berikan 1 kod pilihan.

Program ikhtiar pertama untuk Jun 2024. Untuk bulan Jun 2024, Graf Prestasi Malaysia adalah jatuh ke mata 4 dari mata 7. Bilamana ada kejatuhan ini, situasi FIZIKAL kewangan rakyat pun adalah jatuh dan negatif. Juga, bila mata 4 adalah Status Kewangan 3 iaitu Duit Keluar. Bisnes slow, sales kurang, payment lambat, perbelanjaan banyak tak disangka2, simpanan berkurangan dsbnya. Dua bulan berturut2 iaitu Mei dan Jun adalah Status Kewangan 3 iaitu Duit Keluar. Maka, kita IKHTIARkan energi rezeki positif secara METAFIZIKAL.

Salam takziah kepada keluarga allahyarham. Semoga arwah dicucuri rahmat olehNya berterusan.

Sejak 2006, tiada klien yang beritahu perihal kematian ahli keluarga dengan maklumat tepat. Tentunya apabila ada kes sebegini, kita kajilah untuk dijadikan sebagai panduan. Rupanya arwah berada dalam tahun Tengah Mata Angin 8 iaitu tekanan. Dan berada dalam Dekad 5 iaitu halangan. 

Walau bagaimanapun, tidak semestinya berada situasi sebegini adalah wajib pasti perlu mati. Posting ini nak menunjukkan perihal tempoh masa konflik/ kurang baik yang mana mendedahkan kita kepada energi negatif maka apabila kita berada dalam situasi sedemikian, maka kita positif, redha, bersiap, tabah, tenang dan sabar. Tentunya meningkatkan energi diri;
1. Energi FIZIKAL
2. Energi MENTAL
3. Energi SPIRITUAL
4. Energi METAFIZIKAL.

Apabila melalui sesuatu tahun yang fenomenanya mencabar. Tentunya ianya untuk menguji dan kemudian membina ketabahan kita. Hidup ini perlu ada sedikit tekanan/ujian untuk asam garam kehidupan barulah manis masin kehidupan ini. Juga, sebaiknya dapatlah untuk teruskan memantau prestasi perjalanan hidup kita setiap tahun bukan sekadar kenali potensi semata2.

Apabila berada dalam tempoh dekad halangan dan Graf Prestasi tarikh lahirnya menurun berturut2 selama 3 bulan berturut2. Situasi sebegini mendedahkan kita kepada energi negatif kewangan.

Seperti situasi sebegini. teruskan berusaha bersungguh2 secara FIZIKAL dan ikhtiar energi rezeki positif secara METAFIZIKAL.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 312