Quantcast
Channel: Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821) - A-d\'s blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 313

Di Puncak Kejayaan Destinasi Kekayaan

$
0
0
Sesi konsultansi bersama Dato Eddy Rosyadie secara online Zoom. Seorang klien mengadu menghadapi isu rumahtangga perkahwinannya baru saja 2022 lalu. Daripada sesi tersebut, didapati klien ini telah tersalah arah berpindah ke rumah suaminya iaitu arah Timur Laut berangka 5 iaitu halangan. Arah2 mata angin ini dikira daripada Petak tarikh lahir Statik. 

Dalam sesi tersebut, beberapa strategi dan ikhtiar dicadangkan. Juga, klien ini akan berbincang dengan suaminya untuk berpindah ke lokasi lain.

Daripada kajian Dato Eddy Rosyadie sejak 2006 mendapati 80% masalah dihadapi orang adalah kerana TERSALAH ARAH. Memanglah ramai yang hadir ke kelas Dato Eddy Rosyadie sejak 2006 namun tidak ramai yang telah berjaya kerana mereka telah tersalah arah dan sukar untuk berpindah ke lokasi lain.

Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik Pembayang Dua Dorongan (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan kerjaya bertepatan dengan pola potensi pernomboran.

Kita ikhtiar. Kita tiada kuasa fizikal untuk mengawal cara orang lain berinteraksi dengan kita. Ianya di luar kawalan fizikal kita. Tapi kita ikhtiarkan cara energi metafizikal untuk tujuan sedemikian.

Kekayaan tanpa pola 769 tapi ada Tengah Mata Angin (TMA) 6 iaitu satu lagi pola kekayaan selain pola 769 kekayaan. Kiraan TMA adalah dari Petak tarikh lahir Statik Pembayang Dua Dorongan (2024 ciptaan Dato Eddy Rosyadie). 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 313