Quantcast
Channel: Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821) - A-d\'s blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Laluan Kekayaan Perjalanan Kejayaan

$
0
0
Picture
Dapatkan majalah Prospek Hartanah isu 20 - Mac 2016. Satu artikel menarik tentang Feng Shui kediaman oleh Dato Joey Yap yang juga menjawab secara logik tentang perihal tersebut.






Untuk kelas Arah dan Susunan Atur menggunakan kaedah metafizik pernomboran tarikh lahir akan membincangkan perihal arah mencari rezeki mengikut "mata angin" tarikh lahir dan susunan mengikut mata angin tersebut. Namun, kelas yang dianjurkan oleh Dato Eddy bukanlah  teknikal dan mendalam ala Feng Shui atau Geomancy yang ada di pasaran. Ianya membimbing perihal mengenalpasti arah - menggunakan peta dan mengenalpasti susunan - menggunakan kompas - secara mudah. Jika betul-betul mahu lebih teknikal dan mendalam ala Feng Shui, nantilah kelas Susunan Atur Tahap 2 dibuat atas permintaan.

Bagi umat Islam, memang perlu tahu sangat tentang arah, terutamanya arah kiblat. Namun, arah kiblat bukan sekadar untuk solat. Banyak kes yang Dato Eddy temui mendapati rumah orang Islam yang punyai tandas mengadap ke arah kiblat.. mungkin itu satu sebab kehidupan/ rezeki/ perniagaan/ rumahtangga yang bermasalah? Begitu juga banyak kes lokasi tempat tidur yang "salah" menjelaskan mengapa masalah kehidupan, begitu juga kes lokasi barang jualan diletakkan pada tempat yang salah menjelaskan mengapa barang jualan kurang laku... jom, kita ikhtiar gunakan strategi arah dan susunan atur pula.

Picture
Salam Dato. Saya pun ada rasa pening- pening. Solat tadi saya gunakan sejadah yang dari Mersing
 
semalam saya guna
sejadah mersing, rasa tenang dan macam ada magnet.
 
Assalam Dato...sy rasa panas dan pening mcm nak pitam pun ada kebetulan pula sy guna sejadah yg Dato guna masa diMersing..

----------
Antara aktiviti yang baru diperkenalkan oleh Dato Eddy, satu-satunya dan pertama di dunia, untuk program Upload Energi Emas Aura38 di pantai Mersing adalah mengerjakan solat sunat Dhuha menggunakan sejadah-sejadah peserta di atas pantai itu....

ikhtiar ambil energi emas dari situ dengan izin Nya dan sejadah tersebut dipulangkan kepada peserta.. dapatlah Solat Dhuha/ Hajat dll selepas ini lebih bermakna dengan menggunakan sejadah yang dienergikan.

Nanti apabila ada program Upload Energi Emas di Mersing (Mei/ Oktober dsbnya), bolehlah serahkan sejadah kepada Dato Eddy untuk digunakan di Mersing... ambil energi emas dengan izin Nya jua.



Peserta Program Ikhtiar Berdoa/ Energi Jarak Jauh 2 April 2016:

Assalamualaikum dato,saya rasa mcm gema atau gelombang.atas tapak tangan masa berdoa td



Tarikh yang ditunggu-tunggu oleh ramai usahawan,,, 5 April 2016.. daripada kiraan dekad (ciptaan Dato Eddy) menunjukkan 40 tahun rezeki! Bukan senang nak cari tarikh yang berterusan baik untuk berpuluh-puluh tahun...Mudah-mudahan kita doakan diri, perniagaan, daftar syarikat, buka akaun bank mahupun beli SSP BSN menjadi satu rezeki yang berpanjangan! Dah tak boleh lahir semula pada tarikh tersebut jadi kita ikhtiar cara lain.

Jom... kita ikhtiarkan doa untuk jodoh / kasih sayang... untuk ikhtiar rawatan energi kasih sayang juga.

Peserta Energi Mersing 25-26 Mac 2016: 
sejak selasa smp smlm, 3 hr sy xsmpat rest.. Fullhouse.. Sales naik 90%.. Smlm closing total pun naik hmpir 2x ganda dr average 2015

Picture
PENGUMUMAN

Mulai 30 Mac 2016, FB page kami telah berpindah dari Fan Club dan memulakan operasi di "Quantum Metafizik" pula. Anda boleh dapatkan maklumat tentang kami di situ dan tentunya di sini laman blog.

Silakan lawat dan klik LIKE ye!


http://facebook.com/QuantumMetafizik



Dato... semasa tanam tadi, saya nampak bayangan 6 lelaki berbaju kuning bersilat..

Assalamualaikum... nak bagi testimoni sikit sejak balik dr mersing… alhamdulillah sejak balik dr mersing hubungan kekeluargaan saya lebih mesra... utk pengetahuan dato... saya skrg dlm widowed star… balik dr mersing perasaan tu terkawal sikit.


... berkenaan dengan tasbih. Sebenarnya saya terlupa yg waktu ditanam haritu dlm pasir.. saya terlupa yg saya bawa sekali tasbih ditanam bersama... sy letak di atas perut. Bila time nak bangun tu sy mmg btol2 terlupa berkenaan dgn tasbih tu. Yg sy dan dato saiful selamatkan produk2 sy di celah2 kelengkang dulu. Kemudian bila dah bgn tu saya terus ke tengah main air dan rendam2 bdn di air laut. Tiba2 timbul di permukaan didepan mata saya tasbih yg sy terlupa sy tanam sekali tu. Terkejut saya. Terus sy amek dan tercengang.. mcm mana boleh xterkambus... boleh timbul plk dpn saya. Sbb lubang sy ditanam dgn tempat sy main air tu agak jauh.


Picture
Program Upload Energi Aura 38 Pasir Emas Pantai Mersing 25 - 26 Mac 2016

Pada 25 Mac 2016 adalah hari Jumaat, jadi kami tiba dan sempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Mersing. Selepas itu, pihak masjid mengadakan solat sunat hajat berjemaah. Selesai sahaja solat hajat, tetiba sistem microfon dan beberapa lampu terpadam, "tripped"... mungkin kami minta hajat energi emas yang kuat?

Picture
Program dimulakan dengan sesi taklimat dan pengajian teknik cleansing/ upload Energi Pasir Pantai.

Dalam sesi tersebut, sudah ada beberapa individu yang menunjukkan energi tidak bagus kerana kesan cleansing tersebut. Nama pun cleansing, jadi seeloknya sebelum ambil aura atau energi yang baik maka cucilah dahulu.

Picture
Selepas Isyak, majlis bacaan Yassin (Yasin Fadilat) dan Tahlil. Seperti biasa, bawa air untuk dibacakan Surah Yassin dan bawa juga bahan-bahan lain seperti produk dsbnya.

Picture
Selepas program bacaan Yassin, program Cleansing Air Laut... memang best betul dapat buat program disuluh bulan yang mengambang. Satu pemandangan yang menarik.

Sekali lagi, dalam program cleansing, beberapa peserta muntah dalam laut,,, hmmm... ramai juga yang energi tak berapa bagus padanlah sukar nak berjaya sebab dalaman dah "karat"... elok dicuci dengan garam asli dari laut!


Picture
Seterusnya, progrram mandian bunga... bagi cantik aura diri tu... dah cuci maka bagilah diri tu mekar seperti bunga... namun ada yang masih belum dapat dicuci sepenuhnya perlu dibuat "jurus buka diri" oleh perawat jemputan Dato Jamil dari Batu Pahat. Bagi wanita, isterinya Datin Ayu buat rawatan dan urutan. Ada yang muntah darah, katanya masalah santau... hmmm... macam-macam masalah manusia ini ye! Padanlah sukar nak berjaya.. aura tak ada/ kotor, energi pulak kurang.. muka cantik, pola tarikh lahir bagus masih perlu untuk ada energi yang baik. 

Kemuncak program... pada pagi Sabtu 26 Mac.. program tanam diri dalam tanah... program bermula agak lewat dalam 9.30 pagi kerana peserta-peserta lewat membuat Solat Sunat Dhuha di atas pantai sementara menunggu sarapan pagi jam 8 pagi. Tetiba air pasang naik ke pantai.. sebelum2 ini 3 kali program tak pernah program tanam di pantai yang mana air pasang selalunya air surut jauh dari kawasan pasir pantai... kali ini istimewa tetiba air pasang... bagus juga kerana katanya apabila air laut naik turun di kaki peserta seolah menarik energi keluar... Baris pertama dibiarkan air naik hingga mencecah muka maka terus sahaja dikeluarkan peserta- peserta yang ditanam... kemudian menunggu baris kedua... air laut makin naik lagi tinggi, sehingga mencecah badan peserta-peserta di baris kedua, maka dikeluarkan peserta-peserta yang ditanam.

Jom, kita sambung program Emas ini.. biar ada keseinambungan berterusan.... atau yang belum pernah hadir dan mahu merasai energi program Emas ini, bolehlah join kami sekali.


Rawatan Energi Aura Emas Mersing 25 Mac (Jarak Jauh):
Salam cg. ed.. semalam masa rawatan energi emas 2 3 x bersin lps tu dahi kt kening belah kiri tu berdenyut2 tp sekejap jer nie rasa macam nk demam... kesan rawatan ke mcmn?
---------
Rawatan Energi adalah secara kaedah metafizik iaitu secara kaedah "gelombang". Energi boleh dihantar secara gelombang, sepertimana energi oven ketuhar atau frekuensi radio atau talian telefon bimbit mahupun wireless atau bluetooth. Apabila badan menerima "energi" ada tindakbalas, umpama kita terpegang wayar elektrik yang aktif. Biasanya berlaku di kepala kerana penerimaan energy adalah dari Chakra Aura di kepala. Proses ini adalah baik sama ada mencuci atau memulihkan atau membetulkan energi atau aura di badan. Apabila energi dan aura di badan adalah baik maka aura diri untuk rezeki, pelarisan dsbnya lebih menyerlah. Ini adalah satu ikhtiar rawatan menggunakan energi metafizik.


Alhamdulilah  byk sgt energi positive lps balik Mersing..badan terasa ringan, hati sgt2 tenang..rase sedih dan sebak Terima kasih ya Allah


Assalammualaikum Dato'..terima kaseh segala ilmu dan layanan kpd kami peserta2.. Sy rasa enjoy..rasa release..rasa dah naik semangat2 baru yg harus sy kejarkan

Testimoni Kaedah Delima Didoakan:

Syukur Alhamdulillah..selepas mkn
delima perut sy dah kempis mcm biasa sblm ni kembong dan keras..lps mkn 3 4 hari ada rasa mcm benda brgerak gerak dlm perut…Terima kasih atas semua usaha dan doa dato semoga Allah sj yg dpt membalasnya


Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Trending Articles