Quantcast
Channel: Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821) - A-d\'s blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 313

Strategi Kejayaan Punca Kekayaan

$
0
0
Picture
Semalam mencari dokumen sijil kelahiran anak dan terpandang alamat yang tertera di situ. Sudah 16 tahun lupa alamat rumah tersebut. Bila ditengok nombor tu rasa sebak terkenang kisah lalu. Sebab di rumah itulah segala-galanya bermula kehancuran hidup berlaku... bisnes rugi puluh ribu dahlah tu guna duit isteri hingga berhutang Bank Rakyat 7 tahun dan bermulanya hutang kad kredit puluh ribu, Beli rumah baru rumah tu terbengkalai hingga sekarang 16 tahun. Rumahtangga berantakkan hampir roboh. Kebetulan semasa tinggal di rumah itu, kami suami isteri dalam tempoh Vacuum Star...Kesan-kesan itu terasa sampai sekarang... begitu perit kenangan..




Sebab itulah, usahlah tinggal di rumah bernombor 5. Kalau mahu rasai hidup yang banyak cabaran dan susah, tak mengapa teruskan tinggal di rumah no 5 tak berdosa pun tak langgar undang-undang pun, tapi jika ada masalah usah mengadu hidup susah kat orang, mengadu ke Tuhan saja... buat pening dan buang masa orang dengar keluhan berterusan anda... mandi bunga bergelen pun payah nak lekat... Rumah no 5 dan sekutunya iaitu 14, 23, 32, 50, 59 seumpamanya termasuk contoh 13-1 seumpamanya.

Ada rezeki carilah rumah nombor selain 5 (dan 8). Tapi kena ingat, rumah nombor lain seperti 6, 9 dan sebagainya juga ada cabaran tersendiri tetapi tidaklah berat seperti rumah no 5 dan sekutunya, terutamanya bagi yang "lemah" seperti kerja sendiri, kurang duit dsbnya. Memang ada orang yang bahagia tinggal di rumah no 5 tapi tengoklah rumah besar mana, dalam akaun bank berapa puluh ribu... orang kaya tak pe tinggal rumah no 5 (Yang Dipertuan Agong dikhabarkan memiliki plet no WWW5... tak pe tu Agong boleh saja nombor berapa pun).  Rumah no 8 dan sekutunya juga boleh tahan juga perit tapi masih boleh tersenyum lagi berbanding no 5. Namun, sementara tinggal di rumah no 5 untuk cari rumah no lain, boleh ikhtiar beberapa straegi tapi semua itu sementara kerana yang asasnya rumah itu bernombor 5.

Tengok... dahlah rumah tu no 5, lot pula 268 iaitu angka 8 di belakang... memang terhalang dan tertekan! Hidup hampir musnah di situ! Kesannya sampai mati tak habis! Kenapalah metafizik pernomboran tak de masa tu!

Usah sekadar solat 5 waktu.. dahlah bagi majoriti kita ini 5 waktu rasa berat... jumlah 17 rakaat pulak tu (8) terutama SUBUH (5 huruf)...  buatlah yang "keenam" seperti Dhuha, Tahajud. 

Kebetulan baru saja cerita tentang no 8 dihujung, keluar pula berita ini. Dikhabarkan kereta ini telah dijumpai kemalangan tenggelam dalam satu parit.

Seperkara lagi, kereta saya plet no 3115 - hujung 5, semasa tinggal di rumah no 5 Lot 268 tu.


Ramai yang salah mengerti tentang perihal usahawan (entreprenuer) dalam erti kata membuat perniagaan. Memang boleh je tukar-tukar ayat tetapi jika dilihat kepada definisi usahawan maka dapat dilihat ianya sangat khusus. Oleh yang demikian potensi pola 966 iaitu perniagaan lebih merujuk kepada usahawan / keusahawanan yang mana ianya melibatkan "risiko" dan sesuatu risiko perlu perancangan dan pemantauan serta peningkatan dan persediaan awal/ pencegahan. Berlainan dengan potensi jualan pola 729. Jadi, perlu jelas tentang perihal perniagaan yang bagaimana - apakah perniagaan sebagai usahawan atau pemasaran ataupun usahawan pemasaran juga ada.

Tentu rasa penat dan mahu saja putus asa bilaman perniagaan yang kita impikan untuk berjaya sebaliknya membebankan. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi untung rugi perniagaan, oleh itu usahlah sekadar lihat Root Number semata-mata tetapi melihat secara menyeluruh.

Usahawan perlu tahu asas-asas tentang pernomboran yang berkaitan dengan potensi usahawan. Banyak perkara yang selama ini kita tak tahu yang ianya memainkan peranan untung rugi perniagaan seperti pengiraan maksud nama, pemilihan tarikh dan sebagainya. Selama ini, kita main buat je ikut sedap suka dan akhirnya kita terbenam dalam kepayahan. Jom, kita ikhtiar elakkan menggunakan kaedah metafizik pernomboran.

Bagi individu yang baru mahu menceburi perniagaan, tentunya perlukan bimbingan untuk pemilihan bisnes yang sesuai yang mana pada masa yang sama beberapa perkara yang perlu diketahui sebelum mengambil risiko untuk menjadi usahawan. Memang benar, bisnes perlu dirancang dengan baik, sebab itulah Business Plan satu perkara yang penting untuk usahawan. Pada masa yang sama, lihatlah juga daripada perspektif metafizik pernomboran tentang potensi perniagaan. Jadi, metafizik pernomboran dalam strategi bisnes adalah satu perkara yang perlu bagi usahawan.
assalamualaikum cikgu, apa khabar? Semoga sihat selalu ....  dari shakila skincare pernah ikuti kelas cikgu pola 696 di parit raja batu pahat pada 6hb .... Apa yang cikgu ajar hari tu saya dah practik kan. Memang banyak perubahan berlaku.... Selepas seminggu je saya dapat buat promosi di uhtm dan alhamdulilah sales tinggi berbanding dgn peniaga lain.... Selepas tu kolej komuniti ... mahukan kami suplies produk untuk kegunaan student. ....


Viewing all articles
Browse latest Browse all 313